panduan memulakan perniagaan

By | December 2, 2010

Kalau di tanya pada setiap orang, pastinya kita amat berminat dengan perniagaan. Lebih2 lagi perniagaan itu adalah dari hasil titik peluh sendiri. Namun bagi memulakan perniagaan memerlukan pengatahuan dan perancangan yang rapi, dapatlah perniagaan kita ini semakin berkembang dan maju setiap hari, masa, waktu dan selama2nya. Di bawah ini aku sediakan di antara faktor2 panduan memulakan perniagaan yang patut dipertimbangkan apabila kita ingin memulakan sesebuah perniagaan.

Pendaftaran Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan kita perlulah memastikan perniagaan bahawa perniagaan itu telah didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit yang berkaitan telah diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti2 lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Lesen dan Permit
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Kita perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi perniagaan masing2.

Francais
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais tertakluk di bawah Akta Francais 1998.

Sistem Francais
Sistem francais merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang di mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais kita perlu mendaftar dengan Pendaftaran Francais, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Pelan Perniagaan
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk memulakan sesuatu jenis perniagaan. Lebih baik lagi jika kita mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebayakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan atau ‘business plan’. Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan dan aliran kewangan secara tunai oleh sesebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun yang mendatang (Pelan Jangka Panjang). Ramai peniaga kita salah faham dengan aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan mereka adalah kecil sahaja. Sama ada perniagaan kita kecil atau besar, kita mesti tetap memerlukan pelan perniagaan.

Pencukaian
Di negara Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi dalam memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai2 yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.

Pengurusan Kewangan
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin2 tertentu, untuk mengurus dengan baik, sumber2 pendapatan serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah atau manfaat yang optimum, dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen2 kewangan yang mampu diselesaikan.

Apa sekali pun yang penting kita hendaklah juga perlu mengenal pasti lokasi dan tapak perniagaan yang sesuai dan kalau boleh ianya benar2 sesuai.

40 thoughts on “panduan memulakan perniagaan

  1. Nine

    mantap..thanks utk tips nih bro..berniaga nih seronok juga..boleh juga cari rezeki lebih…kos hidup pun makin tinggi sekarang..abg sulong saya pun berniaga pas balik kije…..:)

    Reply
    1. hazlan Post author

      peh lepas balik kerja tu… aku masih belum mampu nak buat lepas balik kerja buat kerja lain… tapi berminat juga nak buat macam tu..

      Reply
      1. suri

        dengar mcm best jer sb ada pendapatan sampingan ..hujung bulan tak derlah terasa sesak sangat yer tak

        Reply
        1. hazlan Post author

          best memang best tapi kena lah jugak berkorban apa saja… huhuhuh… cuti raya, anak sekolah, pegi pasar oh macam2 lagi tu kena korban masa tu..

          Reply
    1. hazlan Post author

      thanks bro… kekadang boleh jadi kelam kabut juga kalau nak berniaga ni…

      Reply
  2. Anwar Osman

    aku xdakmodal banyak so aku buat jualan kasperky online jer la. tapi aku dah ada daftar dengan ssm satu nama perniagaan milikan tunggal. nanti2 nak guna nama atas pendaftaran tu pulak lah.

    Reply
    1. hazlan Post author

      wah penjualan online yang menarik ni… nak tanya kalau dalam RM tu berapa harga kira? tahun depan cadang nak renew baru 3 user… kat umah aku ni anak2 pakai pc…

      Reply
  3. etomyam

    Panduan yg amat berguna untuk perancangan memulakan perniagaan, satu input kalau aku boleh tambah, sekarang ni MECD dah tak ada, jadinya aku tak tahu kat mana nak daftarkan perniagaan francais ni. Tak tahu agensi atau jabatan mana yang ambil portfolio tu.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku sentiasa menyokong… teruskan cita2 dan semoga akan terus berjaya…

      Reply
  4. suri

    salam bro mancai apa khabar sihat ke?

    masih dok memikir kerja part time huhu harap2 akan dpt sokong khdupan dgn lebih baik lagi..

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam suri…. kabar baik… oh part time… online marketing rasanya nampak agak ringan sikit… harap2 suri akan mendapat kehidupan yang lebih baik akan datang… amin

      Reply
      1. suri

        suri minat kraf tapi idea msh tak dtg lagi..klu dak dah tentu suri blh jual brg melalui blog sendri melalui on line…

        oh idea dtglah kamu…

        Reply
        1. hazlan Post author

          huhuhu… datang cepat… datang cepat idea tu…. oh, kalau nak ecomm sedia ada selain dari niagakit, boleh la suri layan kat : http://lot.my/ try letak barang2 yang mudah dulu… nanti akan datang idea yang baru…

          Reply
  5. Botak

    sem depan nak buat bisnes servis aircond kecil²an kat bangi..
    senang² gunelah khidmat kami..
    huhuhuhu.. 😀

    Reply
  6. zik

    sekarang nie duk underground jela…nak bayar itu ini takut tak cukup …syhhh.. yang penting panduan nie kena amik tahu jugak… insyallah..

    Reply
    1. hazlan Post author

      underground kira belajar sikit gak tu… ader rezeki kang leh aa besar2an lak…

      Reply
  7. Kamal Mustafa

    Salam

    Kepada sesiapa yang mula berniaga tue,eloklah bermula secara kecil-kecilan kan cantik begitu.Dah banyak pengalaman baru buek bosar sikit.Yo tak?

    Reply
      1. hazlan Post author

        kalau modal kosong je tu.. nak untung berjuta-juta kenalah pikir2kan balik kan… huhhuhu

        Reply
    1. hazlan Post author

      mudah2an yang berniat untuk memulakan perniagaan tu akan terus berjaya….

      Reply
  8. botak

    yg bahagian franchais tu, dekat JB yg sy perasan sekarang bnyk ade franchais cool blog, big bundle, dan daily fresh. kalau jalan kat mana2 tempat pun mesti ade booth diorang ni..hebat betul laa

    Reply
    1. hazlan Post author

      yang penting strategi pemasaran derang tu betul… tu pasal berkembang dan bercambah… pendapat aku la…

      Reply
  9. wazy

    Terima kasih bro untuk panduan ni
    kalau ada rezeki nak buat bisnes untuk family
    papehal senang nak tampung hidup ni,memandangkan minyak dah naik
    macam kata orang-orang dulu,sediakan payung sebelum hujan

    Reply
    1. hazlan Post author

      u r welcome… sentiasa menyokong… kalau dah berbisnes tu roger2 la erk… gud luck bro

      Reply
  10. dnoBiz

    Berniaga memang seronok kalau kena gaya dan caranya,
    tapi ada yang sampai bunuh diri kerana perniagaan…. 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… jangan pinjam duit dari lintah darat dah laaa…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tidak apa.. pelan2.. meniaga sambil2an online pun ok juga.. gunakan modal kecil2 atau tiada modal… kumpul wang itu untuk dijadikan modal offline… cuma kena bersabar… semoga harapan menjadi kenyataan

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2… maaf bro, baru ni la aku berkesempatan nak balas komen2…

      Reply
  11. sapiah binti ibrahim

    untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *