asas pengaturcaraan C++

By | November 23, 2010

Salam dan selamat sejahtera kepada rakan2 sekalian, nampaknya agak lama aku menyepikan diri. Tergerak hati pulak pada hari ini ingin berkongsi sedikit panduan mengenai bahasa pengaturcaraan. Asyik buat kerja sahaja yang entah bila nak selesai, lama2 serabut juga kepala aku ni. Baiklah, daripada aku membebel lebih baik aku teruskan.

Tutorial asas pengaturcaraan C++ yang ringkas ini aku sediakan bagi mereka2 yang inginkan nota dan panduan dalam edisi Bahasa Melayu. Aku cuba mengekalkan format supaya indentasi, susunan teks, font dan lain2 yang difikirkan perlu adalah seragam. Nota ini disediakan dengan seringkas mungkin, dengan cuba mengambil konsep mudah faham, mudah ingat “cheat sheet” tetapi dengan penjelasan ringkas

Pengenalan Asas
C++ adalah bahasa pengaturcaraan yang merupakan lanjutan daripada bahasa pengaturcaraan C, dengan penambahan kepada beberapa paradigma antaranya sokongan kepada pengaturcaraan berasaskan objek.

1. Konsep Pembolehubah
Pembolehubah atau juga dikenali sebagai “variable” merupakan kaedah pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan menerima, menghantar, memproses dan pelbagai operasi lagi terhadap sesuatu input. Ada pelbagai jenis data bagi pembolehubah:

JENIS DATA (DATA TYPE) KESESUAIAN
char Aksara
int Nombor bulat/integer
float Nombor perpuluhan
double Nombor perpuluhan
string Perkataan

Jadual : Jenis data dan jenis input yang boleh ditampung

Kaedah penggunaan pembolehubah
Secara asasnya, adalah sangat mudah untuk memperkenalkan sesuatu pembolehubah. Secara kasarnya sintaksnya adalah:

<jenis data> <nama pembolehubah>;

Contohnya:

int integerku;
char aksaraku;
string perkataanku;
float nomborku

Nama pembolehubah yang ditugaskan adalah bebas, tetapi tertakluk kepada syarat:

  • dimulakan dengan abjad, bukan nombor
  • tiada senggang di antara perkataan
  • bukan merupakan kata simpanan dalam sistem (reserved words)
CONTOH PERKATAAN KESALAHAN
int int; Menggunakan pembolehubah “int” sebagai nama. “int” adalah “reserved word”
int 9myint; Memulakan nama pembolehubah dengan nombor
int _myint; Memulakan nama pembolehubah dengan bukan abjad

Jadual: Penugasan pembolehubah dan kesalahannya

Pemboleh ubah juga boleh ditetapkan nilai sewaktu penciptaannya.

int nombor=1;
char aksara= ‘A’;
string kata= “ahmad”;
double perpuluhan=1.92;

2. Menerima dan memaparkan input
Di dalam C++ anda boleh memaparkan input ke paparan terminal atau ke dalam fail teks. Untuk permulaan, kita akan fokuskan dulu kepada paparan terminal. Jenis paparan dan mod paparan input antaranya ialah:

JENIS Tugas
cin (console input) Menerima input
cout (console output) Memaparkan input
cerr( console error) Memaparkan ralat
clog (console log) Memaparkan log

Jadual: Alatan bagi menerima dan memaparkan input

Contoh:

#include <iostream>
using namespace std;
int main()
{
int num;
cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl;
return 0;
}

Kod: Program asas C++

3. Komen (commenting)
Pengunaan “komen” atau aktiviti commenting ialah di mana pengaturcara meletakkan nota untuk memudahkan urusan nyahpepijat atau memantau lintas lalu pembolehubah. Lihat contoh dibawah:

JENIS KOMEN BENTUK SINTAKS
// // Ini adalah komen sebaris
/*                …*/ /* Ini adalah komen yang membenarkan komen dilakukan lebih dari sebaris dengan mudah */

Contoh pengunaan:

#include <iostream>
using namespace std;
//Ini contoh untuk komen sebaris
//Baris baru memerlukan anda meletakkan tanda “backslash” seterusnya
int main()
{
int num;
cout<< “Sila masukkan sebarang nombor”<<endl;
cin>>num;
/* Ini pula
membenarkan komen lebih dari
sebaris
*/
cout<< “Terima kasih, nombor yang anda masukkan ialah” <<num<<endl;
return 0;
}

Jadual: Contoh komen

4. Menulis dan memaparkan data
Untuk memfokuskan lebih lanjut kepada kemahiran menulis dan memaparkan data, selanjutnya kita akan mengkhususkan pemerhatian kepada pelbagai jenis data dan kaedah paparan.

Di dalam C++, simbol2 berikut kerap kali digunakan:

SIMBOL PENGGUNAAN CONTOH
“” Memaparkan nilai malar (constant) perkataan. cout<< “Nama saya Ahmad” ;
; Menamatkan penugasan nilai a=a+1;
Memaparkan nilai malar (constant) aksara. char huruf= ‘A’;
# Memaparkan pemula untuk pustaka kod (code library). Juga untuk menentukan nilai malar pembolehubah #include <iostream>
#define KUIH 7

Jadual: Simbol khas

Contoh:

#include <iostream>
#define NOMBOR 11
using namespace std;
int main()
{
int num=7;
char aksara= ‘B’;
cout<< “Nilai NOMBOR
ialah” <<NOMBOR<<endl;
cout<< “Nilai num ialah” <<num<<endl;
cout<< “Nilai aksara ialah” <<aksara<<endl;
return 0;
}

Kod: Paparan penggunaan pelbagai simbol khas

5. Tugasan aksara khas.

Terdapat beberapa aksara yang mempunyai tugas khas bagi, kebiasaannya disertakan dengan “backslash”. Lihat contoh dibawah:

AKSARA TUGAS CONTOH KEGUNAAN
\n Baris baru (newline) cout<< “Saya ada kasut\n” ; (di dalam C++ \n juga diwakili dengan <<endl)
\a Loceng Sistem (beep) cout<< “Saya ada kasut\a”;
\t Sela (tab) cout<< “Saya ada kasut sebanyak \t”<<kasut<< “pasang”;

Jadual: Aksara khas

55 thoughts on “asas pengaturcaraan C++

  1. topo

    salam bro.. tau tak pasal game engine yang guna c++..
    ada jumpa banyak kat google tapi tak tau mana satu nak try..
    kalau bro tau harap boleh bagi cadangan..
    tq

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu…alamak! tak pernah pulak try nak buat game ni… tapi dulu aku layan micromedia je nak buat game… maaf bro… tapi dah tanya kekawan jugak… nanti kalau ada cadangan best derang aku kasi tau… insya-Allah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tul tu masa belajar dulu tu memang aku pun blur je… tapi buat2 paham je… la ni dah kerja kena dan terpaksa betul2 paham…

      Reply
        1. hazlan Post author

          ok gak tu sekurang2nya ada sikit2… nanti penuh la tu… amin

          Reply
  2. lazaac

    salam bro… lazaac masih ingat waktu belajar C++ dengan member… waktu tu pakai windows visual basic jer… nak senang… belajar guna C++ susah sangat… almaklum la, sy bukan aliran komputer, tapi minat nak explore sendiri… 🙂

    Reply
    1. hazlan Post author

      bagus tu belajar adalah penting… tak kisah aliran apa pun…

      Reply
  3. Faarihin

    Incek mancai ni lec ke? kalo student yg amik course ni untunglah.. dapat macam2 nota dari incek mancai.. hehehe..

    Reply
    1. hazlan Post author

      bukan lec tapi kekadang jadi tranner jek… adalah sikit2 nota ni aa…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… sekarang ni aku tengah nak belajar bahasa pengaturcaraan f sharp pulak dari microsoft tu… bagus2 boleh refresh semula ni

      Reply
  4. aktechpage.com

    C++ ni adalah bahasa OOP
    Windows OS pun base drpd C++
    Lama dah belajar C++, ttp sampai skrg masih lg belum mahir lg… huhuhhu
    Xde bakat kot dlm programming OOP

    ps: Blog kawe bole komen dah, acu try komen 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu time kasih pasal menambahkan info bro… oh nanti aku komen2 semula…

      Reply
    1. hazlan Post author

      yang dah belajar ni pun penin2 lagi bila dah berterabur structure… huhuhuhu

      Reply
  5. hafizmd

    adeh…memang aku langsung blur…hoho…maklumlah bukan bidang IT yg dalam2…aku pernah dgr abang aku sebut pasal C++ ni…tapi sepatah pun aku tak faham…hehe

    Reply
  6. etomyam

    aku memang cuma tahu nama aje, apa ke benda isi C++ tu langsung zero hehehe. Thanks bro atas penerangan berguna ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… sori bro lama tak komen blog bro erk…. u r welcome… seronok dan puas rasanya sebar2kan maklumat ni kan bro? huhuhuhu

      Reply
  7. Ismail N

    Minat nak ambik tahu.. tapi bila dah start tengok formula semua tu, mata kelabu.
    Macam language biasa jugak. Kalau tak biasa digunakan atau dengar, susah nak tangkap. Sebab tu kawe pendamkan dulu niat nak belajar bahasa Latin. 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      wah ada kehendak tu bro… kalau dapat teruskanlah di masa akan datang…

      Reply
  8. Mohd Isa

    wah, subjek kegemaran aku ni. ko compile pakai apa ni? dulu aku belajar pakai visual basic jerk tak silap aku. itu kat windows, kalau kat linux pakai gcc jerk. tp stakat ni, aku tak pernah wat program lagi. kena study byk benda lagi…mesti ko dah expert kan. hehe

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… dah sekian lama pun baru nak sentuh balik c++ ni dan perlu rujuk2 semula… banyak yang dah ingat2 lupa.. ingat2 lupa terus pun ada… setakat ni guna vb je bro…

      Reply
      1. Mohd Isa

        oklah camtu, aku lagi lama tak sentuh. hehe
        erk, bro tak pakai comment auto responder ke?
        takda notifications dari bro yg komen dah reply
        ni nasib bek dtg tgk balik. ehhe

        Reply
        1. hazlan Post author

          oh.. sebenarnya ada… eh setting tak menjadi la ni kot… nak tengok balik la cam ni… terima kasih kerana datang balik…

          Reply
  9. botak

    salam bro..
    hehe aku memang x mampu nak baca artikel ni..
    aku cuma mampu baca tajuk je..
    sebab sebagai seoang engineering student, c++ adalah antara subjek yg aku paling pantang sekali..huhu x sanggup dah nak mengadapnya..
    dulu aku dpt C utk subjek ni..
    memang mengganggu pointer!

    Reply
    1. hazlan Post author

      macam aku kalau nak paham kene ader praktikal sekali kalau baca memang tak akan menjadi…

      Reply
    1. hazlan Post author

      macam aku pun dulu masa belajar blur je memanjang… tapi bila dah keje… baru dapat tangkap…

      Reply
  10. grants for women

    Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

    Reply
    1. hazlan Post author

      ada lagi tapi tak berkesempatan jer nak kongsikan di episod seterusnya…

      Reply
  11. muhamad syukri

    saya nak tanya ade tak pengaturcaraan C++,yang memprogramkan mesin ATM.mesin BASUH,mesin TIN MINUMAN yang lengkap.harap dipaparkan disini.

    Reply
  12. Roslan

    Salam,

    Aku ni bekerja sendiri online/offline kat rumah, sedang asyik tiba2 jumpa laman ni…banyak pengetahuan kat sini bagus “saya suka” “saya suka”. Mula2 dulu aku belajar bahasa C untuk program microcontroller dan kemudian belajar C++ sebagai tambahan, bila dah ada asas bahasa C tu rasa lebih mudah nak tangkap C++ ni. Tapi banyak juga wayar kat kepala aku yang dah short dah belajar bahasa computer ni…ha-ha

    projekelektronik4u.blogspot.com

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku pun lama dah tak sentuh nie… kalau ditanya kena rujuk2 balik nota… putus banyak juga nampak gayanya…

      Reply
  13. CaptM

    aku ni budk lgi.. tpi bermint.. aku xfaham lngsung.. so aku tengh practice lgi

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. ada minat dah tu gud luck bro.. insya Allah akan dapat ilmu lebih nanti

      Reply
  14. yahhhh

    subjek yang mencabar bagi aku haha. walaupun budak IT tapi C++ ni pun still tak paham lagi. Bab coding tu yg hmm. Dah lah ahad ni exam CSC T.T #MohonTabah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *