selamat menyambut hari raya haji

By | November 16, 2010

Kepada rakan2 muslimin dan muslimat, Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji, dan selamat menjalani ibadah korban. Tidak lupa juga buat saudara2 kita dan umat islam keseluruhannya, yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mereka akan memperoleh haji yang mabrur, dan mendapat keredhaanNya, ilham dan keberkahan dari Yang Maha Esa. Insya-Allah. Kepada yang pulang ke kampung halaman masing2, aku doakan semoga korang selamat sampai dan selamat kembali menjalankan tugas2 harian korang.

Aku juga benar2 ingin memohon Maaf Zahir Batin kepada semua dan rakan2 blogger baik yang baru ataupun kenalan2 lama, insya-Allah aku akan berkunjung ke lawan weblog korang sekiranya tugasan harian aku ini sudah mula berkurangan. insya-Allah.

Apa itu Hari Raya Haji?

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berpusu-pusu melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

23 thoughts on “selamat menyambut hari raya haji

  1. Team Terabiz

    Salam 1 Malaysia,
    selamat hari raya haji juga dari saya.
    bro, kat post ni banyak sangat Haji yang jadi link, google mungkin akan detect blog anda sebagai link farm dan kemungkinan menjatuhkan ranking anda di google

    first time komen di blog ini..Salam kenal dari Team Terabiz.

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal juga team terabiz.. selamat berhari raya haji juga… teramat terima kasih banyakk2 dengan info ni… aku guna Deeplink Juggernaut untuk buat menda ni… kalau dah begitu rupanya kenalah buang… huhuhuhu

      Reply
    1. hazlan Post author

      oh kat melaka kat mana tu? aku pun balik melaka tu ari… kg org umah la tapi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *