memasang fiber optik – outdoor

By | November 1, 2010

Rujukan yang lalu Teknologi Fiber Optik dan konsep asas fiber optik. Hari ini aku kongsikan pula dengan korang dimana cara2 pemasangan fiber optik di luar bangunan. Apa yang akan aku kongsikan adalah kerja2 pemasangan fiber optik yang dilakukan untuk kawasan perumahan atau dikenali sebagai Fiber-To-The-Home termination works (FTTH).

Langkah2 pemasangan fiber optik di luar bangunan (outdoor):

Langkah 1 : Proses memotong jaket luar kabel fiber optik.

Langkah 2 : Keluarkan dan buang jaket luar kabel fiber optik

Langkah 3 : Menarik keluar tali nilon di dalam kabel dengan panjang mana yang diinginkan

Langkah 4 : Menarik keluar tiub yang longgar melalui jalur tali nilon

Langkah 5 : Proses memotong keluar wayar yang keras

Langkah 6 : Bersihkan tiub yang longgar menggunakan pembersih yang telah diluluskan. Jangan Gunakan sebarangan jenis pembersih.

Langkah 7 : Pasang dan masukkan ujung kabel ke port kabel yang dikehendaki

Langkah 8 : Mengunci kuat kabel dengan skru

Langkah 9 : Perkemaskan tiub yang tidak digunakan / lebihan

Langkah 10 : Proses pemotongan menggunakan pemotong tiub

Langkah 11 : Keluarkan tiub yang longgar dan bersihkan fiber yang bewarna gelap

Langkah 12 : Menyediakan fiber optik yang gelap dan kuncir menggunakan mesin gabungan splicing dan splice

Langkah 13 : Setelah semua dipasang dengan betul pastikan kunci panel pengedaran dengan betul

Langkah 14 : Proses pemasangan fiber optik di dalam panel sudah pun selesai.

Langkah 15 : Proses pemasangan pada tiang

Langkah 16 : Hentikan panel menggunakan tie stainless steel ke tiang

Langkah 17 : Mengikat Koil kabel  dengan klip Yobel. Selesai sudah!

Kredit: malaysiafiber.blogspot.com

22 thoughts on “memasang fiber optik – outdoor

  1. DonHa

    haa..tengok bro update entry macamni. teringat pulak nak tanya. kat sana ada pakai student praktikal tak? bahagian multimedia, IT

    Reply
    1. hazlan Post author

      maaf la bro belum ada lagi buat masa ni… kalau ada kang aku leh info2 kat sini

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu.. oh blog baru ke suri.. kang saya singgah… Insya-Allah

      Reply
  2. wazy

    Dulu selalu gak tengok tech TM pasang fiber optik ni
    kalau dapat belajar apsang sendiri mesti best,banyak boleh belajar dari situ

    Reply
    1. hazlan Post author

      memang best dapat juga belajar sesuatu yang baru… kalau ada peluang sambar je bro…

      Reply
  3. Ayieblog

    Assalamualaikum,wa terbaiklah bro penerangan yang terperinci siap ada gambar real lagi pemasangan cabel fiber optick,bro mancai ayie ada satu kemusykilan,so nak mintak pandangan bro mancailah,first membuat rangakain diagram iaitu step pertama selepas create lakaran server sambungan cable akan dibuat pada router or switch dahulu?? kemusykilan apabila pensyarah cakap mesti dari server ke swicth baru masuk router,setahu ayie dari router ke swith or ub baru connect cable lan ke user 1 dan user lain kan? :).

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… mengikut kefahaman aku tentang soalan ayie ni.. tak ada yang salah pun… ayie pun betul, pensyarah tu pun betul… secara ringkasnya, kalau company2 memang buat cara pensyarah tu…. biasanyalah… tapi kalau nak buat secara kecil2an boleh cara ayie tu… server tu sebagai controller agar teratur,mudah dan lebih selamat…. tak pakai pun boleh juga (tapi settingnya tak sama dengan guna server)…

      Reply
  4. nur fatin

    mesin splicing n splice tu besar x mesinnye..saya nak tau saiznye sbb skrg nie saya tgh wat final project psl splicing box..harap2 encik dpt membantu…

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak la besar dalam 1′ X 2′ lebih kurang.. harap dah dapat siapka final projek tu

      Reply
  5. kanda

    salam, nak tanya. fibre distribution box ni. kalau untuk rumah teres taman. satu kotak dalam ada berapa port ? dan max barapa buah rumah boleh guna ?

    Reply
    1. hazlan Post author

      maaf… boleh klik link yang aku sertakan dan tanya kat situ… harap mereka boleh membantu

      Reply
  6. FATINA HAZIRAH BINTI AZMAN

    Apakah peralatan digunakan utk memasang fiber optik dp box?

    Reply
  7. ijam

    bro, lokasi operasi ada di mana yer… macamana nak contact selain kat sisni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *