spesifikasi komputer untuk mengedit video digital

By | October 13, 2010

Arus dan perkembangan  teknologi video digital semasa, membolehkan pelbagai peringkat pengguna sama ada masih lagi amatur, profesional atau  dalam kalangan pelajar untuk mengendalikan video digital kini menjadi semakin mudah. Ini kerana spesifikasi standard yang keseluruhannya telahpun tersedia ada dalam apa jua jenis komputer yang berada di pasaran sekarang. Namun di sini aku ingin kongsikan spesifikasi yang perlu ada dalam komputer, apabila korang ingin mengendalikan sesuatu gerak kerja yang melibatkan penggunaan grafik terutamanya pengeditan video digital. Apakah lagi untuk gamers.

Sistem operasi standard untuk memproses dan mengedit video digital

  1. Pemproses (Processor) : Pemproses yang berkuasa tinggi akan memastikan proses mengedit dan memproses video digital dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat mengelakkan daripada berlakunya ralat yang akan melambatkan proses penyediaan video atau klip akhir untuk tujuan penyiaran dan sebagainya. Pemproses yang berkelajuan tinggi juga akan memastikan sejumlah klip video dapat dimainkan secara “full motion“. Kualiti pergerakan penuh yang dimainkan pada resolusi penuh ini penting untuk memastikan klip video dapat dilihat pada pergerakan penuh dan pada saiz penuh. Komputer yang dilengkapi dengan pemproses berkeupayaan rendah tidak akan berupaya memaparkan klip video pada pergerakan penuh dan ini kan menyukarkan penerbit untuk melihat babak2 yang terdapat dalam video tersebut. Jika ini berlaku, proses mengedit tidak dapat dijalankan dengan lancar. Saranan aku untuk mendapatkan sistem pengeditan  video yang cemerlang bolehlah menggunakan pemproses jenis AMD.
  2. Ram : Jumlah RAM atau ingatan utama yang tinggi juga akan menyumbang kepada tahap kecepatan dan ketangkasan data diproses. Sistem operasi semasa terutamanya Windows (ramai pengguna) memrlukan sejumlah RAM yang agak tinggi untuk menjalankan kepelbagaian aplikasi standard yang wujud dalam sistem itu sendiri. Jumlah RAM dan kelajuan pemproses adalah keperluan asa yang beriringan dalam memastikan bahawa keupayaan sesebuah sistem komputer berada pada tahap maksimum. Konfigurasi RAM standard pada masa kini adalah andara 2GB, 4GB atau lebih. Secara asasnya, semakin tinggi kapasiti RAM yang dipasang adalah lebih baik kerana keupayaan sistem komputer dan perisian yang digunakan untuk memproses video digital dapat dijalankan dengan lancar.
  3. Kad Grafik : Kad grafik juga berperanan penting dalam memastikan keupayaan sistem komputer serasi atau sejajar dengan pemproses dan RAM yang dipasang. Kad grafik berperanan untuk memastikan previu dimainkan secara  yang maksimum (real time preview). untuk mencapai matlamat ini, sejumlah RAM juga dipasang pada kad grafik. Standardnya adalah antara 256MB sehingga 1GB atau lebih. Kad grafik tiga dimensi (3D) umpamanya dipasang dengan kapasiti RAM yang lebih tinggi dan ini akan menyediakan paparan yang maksimum.
  4. Sistem Operasi : Sistem Operasi (Operating System) juga di kenali sebagai platform berfungsi untuk menjalankan aplikasi yang terdapat dalam sistem komputer. Ia juga bertindak mengawal segala aspek teknikal dan memastikan sistem komputer berfungsi sewajarnya. Contoh sistem operasi adalah windows, Linux dan Unix. Sistem2 pengoperasian ini berkeupayaan untukmenjalankan pelbagai perisian berkaitan dengan memproses dan mengedit video digital.
  5. Perisian Mengedit Video Digital : Sejumlah perisian video sama ada percuma ataupun pembelian dengan harga yang minimum. Perisian2 ini juga menyediakan sejumlah ciri2 utama yang diperlukan dalam proses menghasilkan kerja2 mengedit dan produksi. Untuk  Pelantar (platform) windows perisian asas yang boleh dicuba adalah seperti Adobe Premiere Element, Corel Video Studio Pro, Sony Vegas Movie Studio dan bermacam2 lagi.

24 thoughts on “spesifikasi komputer untuk mengedit video digital

  1. Syafrizal

    senang citer…
    PC kena power la hehe…
    leceh kalau PC tak laju…
    nak edit bukan main senang
    boleh hang PC hehe…

    Reply
  2. zik

    kiranya semua tuh penting… biasanya nak laju semua kena seiring macam ram, grafik card ,os processer dan sebagainya…huhu mantap nie bro

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu.. tapi rega tu yang tak leh tahan… ado rezeki lobih memang den sambar…

      Reply
      1. suri

        klu pc baru memaglah laju..tapi lama2 boleh juga jadi slow kalau banyak simpan document2 yang tak pentng dlm pc ..laptop heee

        Reply
        1. hazlan Post author

          external HD dah murah sekarang ni… satu lagi kena rajin buat house keeping… tapi aku rasa kalau dah lebih 7 tahun tu elok tukar je… sekadar pandangan…

          Reply
  3. etomyam

    PC kena mantap tu, PC aku ni layan Photoshop pun dah terhegeh2..apatah lagi nak edit video bro hehehe 😀

    Reply
  4. wazy

    Seiring dengan kemajuan,kalau mampu boleh juga sediakan pc yang mempunyai spefikasi tinggi,baru lah sedap nak buat edit-mengedit ni

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku agak berkenan dengan Asus NX90… tapi rega tak ingat RM10K+++

      Reply
  5. DonHa

    waaa…minggu2 exam ni memang benda ni la aku baca. sekali kat sini jumpa lagi. thanks bro..nice info. sangat berguna. tapi. otak dah tepu habis. komputer.komputer..tapi belajar komputer ni tak habis…makin maju!

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul2.. namun adanya laptop seperti alienware ,Battalion 101 X8100-U3 , Xplorer X7-8500, Qosmio X505-Q896, Asus G51Jx dan AVADirect Clevo W870CU dapat membantu di dunia mengegame ni cuma harganya tak boleh tahan….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *