falsafah dan semangat internet

By | July 26, 2010

Rangkaian Internet yang ada pada hari ini mula dibina pada akhir tahun 1969 oleh sebuah agensi penyelidikan, iaitu Advance Research Project Agency (ARPA). Rangkaian Internet ini dinamakan ARPANET. Walaupun ARPA merupakan sebuah agensi di bawah naungan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, penubuhan ARPANET sebenarnya tidak ada kaitan dengan usaha untuk mewujudkan sebuah rangkaian komunikasi tahan lasak yang boleh berfungsi dengan baik dalam suasana perang nuklear yang amat dasyat. Ia didirikan oleh sekumpulan ahli penyelidik dan akademik yang ingin menjadikan rangkaian komputer sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk berkongsi maklumat.

Penglibatan penyelidik dan ahli akademik ini secara langsung telah banyak mempengaruhi falsafah dan semangat Internet. Bukan sahaja dalam aspek pembinaan Internet tetapi juga dalam aspek penggunaan dan kegunaan Internet itu sendiri. Internet meletakkan ilmu dan maklumat di satu tahap yang tinggi. Ia memupuk semangat kerjasama dua hala di mana setiap yang terlibat menjadi penyumbang kepada kandungan ilmu dan maklumat, bukan hanya sebagai pengguna. Itulah falsafah dan semangat yang telah ditetap ke dalam Internet. Berdasarkan falsafah dan semangat inilah maka kita dapati bahawa kebanyakkan aplikasi Internet yang telah dibina dan digunakan sehingga hari ini merupakan aplikasi yang membolehkan Internet digunakan sebagai alat berkomunikasi dan alat perkongsian maklumat. Sikap ahli akademik yang terbuka dalam berkongsi serta menyampaikan ilmu dan maklumat pula telah menjadikan Internet satu medan yang bebas digunakan oleh sesiapa saja yang hendak mempelajari atau menyampaikan sesuatu maklumat. Kebebasan ini juga mendedahkan Internet kepada unsur2 negatif.

Dahulu warga Internet hanya terdiri dari satu kumpulan yang mempunyai nilai, falsafah, semangat dan matlamat penggunaan yang hampir sama, iaitu ahli penyelidik dan akademik memberikan keutamaan yang tinggi kepada perkongsian ilmu dan maklumat. Kini Internet telah menjadi sebuah medan pertembungan nilai, falsafah, semangat dan budaya yang berbeza disebabkan oleh penglibatan kumpulan yang mempunyai latar belakang yang berlainan.

Sebagai contoh:

  • Ahli perniagaan melihat Internet sebagai sebuah medan bagi mendapatkan keuntungan.
  • Para usahawan melihat Internet sebagai tempat bagi menghasilkan peluang perniagaan yang baru.
  • Seorang pendidik melihat Internet sebagai alat bantu mengajar yang sangat berkesan.
  • Sebilangan individu melihat Internet sebagai tempat untuk mencari hiburan atau kenalan baru.
  • Media massa melihat Internet sebagai sebuah alat propaganda yang sangat strategik dan sebagainya.

.. dan berbagai lagi sebab dan tujuan yang pastinya internet adalah tempat, lokasi dan peredaran segala sumber yang mungkin belum lagi kita terfikir pada masa sekarang dan akan muncul pada masa akan datang.

Perubahan yang berlaku terhadap matlamat dan falsafah penggunaan Internet ini sukar disekat dan tidak seharusnya disekat selagi ia tidak bersifat negatif. Perubahan seperti ini sememangnya sesuatu yang semula jadi di dalam dunia yang sedang mengalami proses globalisasi. Perubahan kepada satu budaya baru akan terjadi akibat kemunculan resolusi maklumat. Selain dari itu, penggunaan Internet dalam pelbagai aspek kehidupan juga akan memudahkan manusia mengendalikan aktiviti hariannya.

Namun begitu, semangat dan falsafah asal yang wujud di sebalik kehadiran Internet ini adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan sama sekali. Ia harus di hayati sepenuhnya oleh setiap pengguna Internet yang baru demi memastikan Internet itu berkembang dengan sewajarnya ke arah pembentukan sebuah gedung ilmu dan maklumat yang sangat dinamik dan berkualiti. Setiap pengguna bukan saja menjadi pengguna maklumat, tetapi juga menjadi penyumbang kepada kandungan ilmu dan maklumat, tetapi juga menjadi penyumbang kepada kandungan ilmu dan maklumat itu sendiri. Ini juga penting dalam membina sebuah masyarakat yang dinamik, progresif dan berilmu pengetahuan. Bagi golongan muda khususnya, penghayatan falsafah dan semangat di sebalik penubuhan Internet ini harus ditanam pada peringkat awal lagi, baik secara formal di sekolah2 mahupun secara tidak formal di rumah, melalui media massa dan sebagainya.

59 thoughts on “falsafah dan semangat internet

    1. hazlan Post author

      🙂 kalau tak ada macam tak sempurna.. kira selepas lesen memandu la mungkin…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu… macam2 boleh berlaku.. bagus jugak ader blogger2 ni boleh memberi informasi secara pantas…

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu walaupun baru namun Malaysia masih lagi tertinggal beberapa tahun nak mengejar…

      Reply
  1. Shahrul Hafizi

    Sedih dengan lambakan laman web yang tidak berfaedah dan tidak senonoh. Harap apa yang diucapkan oleh Datuk Seri’ Utama Rais Yatim menunjukkan tindakan. Sekat semua laman web yang tidak senonoh terutamanya web pornografi. Dan semoga pakar internet tempatan membuka platform perkongsian ilmu seperti Wikipedia yang memudahkan pencarian maklumat.

    Reply
    1. hazlan Post author

      ada laman porno dah mula di sekat kat Malaysia ni… tapi masih belum menyeluruh…

      Reply
  2. suri cahaya cinta

    salam ..
    rasanya tanpa internet pasti ngara kita akan di anggpa negara yg ketinggalan zaman kan..

    internet ada baik dan buruknya.kenalah pandai gunakan ia dgn sebaiknya.

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul tu… yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan

      Reply
        1. hazlan Post author

          selamat petang jugak suri… ustaz? wakakaka… amin… terlampau sangat membaca kot sampai terikut-ikut

          Reply
  3. farah wahida

    sy kalau takda henfon takpe lagi…kalau takde internet,memang tak sedap duduk sebab bagi saya internet nyawa bagi saya:)

    tp internet ni biarla guna dengan kaedah yang betul..faham kan?kalau guna dgn cara salah,memang sampai boleh korbankan nyawa macam kes yang berlaku dekat korea dulu..bayi yang tak bersalah jadi mangsa mak ayah akibat terlalu asyik layan facebook..

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… apa pun jgan sampai keterlaluan… internet sudahpun dikenal pasti sumber yang benar2 diperlukan masa kini…

      Reply
  4. AyieBlog

    Salam,wa bro mancai info yang berguna sejarah rangkaian or network mahupun capaian internet terbina :),syabas bro mancai,ayie baru masuk bab nie dalam pembelajaran lagi :),thank q so much..

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu ingat beringat my fren… huhuu aku pun kekadang sama jugak… khusyuk sangat kekadang tu

      Reply
  5. ishak

    tapi sekarang falsafah dan semangat internet telah jauh menyimpang..maksud saya..menyimpang dari falsafah dan semangat…penyalah gunaan internet semakin berleluasa termasuk digunakan untuk fitnah dan pelbagai lagi

    Reply
    1. hazlan Post author

      yup… tu la segala macam perangai yang meluas ada kat internet… cuma kena bijak berfikir ketika menggunakannya…

      Reply
  6. Riza

    tkda internet tak bangun ekonomi.
    Internet zaman sekarang ni penting untuk hidup & ekonomi kite.
    Cuba bayangkan internet satu dunia putus tetiba. Cuba bayangkan, leh lumpuh wooo ekonomi sekejap( not mentioning Google ) 😀

    Reply
  7. pawaka19

    internet makin maju sekarang.tp knpla kos bayaran dia masih belom dikatakan alah membeli menang memakai..kalau dibandingkan dengan negara lain

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu, negara kita masih tertinggal jauh di belakang berkenaan teknologi ni… cuma agak cepat jugak mengejar berbanding sebelum ni…

      Reply
      1. hazlan Post author

        tul tu… salah sorang yang apply mesti aku ni aa…

        Reply
  8. amirulfaiz

    Best dah ada internet kat rumah, macam-macam maklumat boleh dicapai. Saya tak perlu kepada astro, cukup dengan internet di rumah.

    Reply
    1. hazlan Post author

      astro pun layan sukan, movie, berita dan pengatahuan am macam N.Geo, APlanet dengan lain2 je.. aku le…

      Reply
  9. HidrogeN

    sebab dah ada internet ni saya sanggup tak tengok tv lagi..tapi World Cup baru lepas tau pulak tengok tv..hehe

    Reply
  10. etomyam

    menarik bro, setiap pihak melihat internet mengikut keperluan dan fokus masing-masing, apa yg pasti internet memudahkan keperluan manusia. Blogger melihat internet mengikut persepsi blogger hehehe 😀

    Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu bro.. jadi gunakanlah kemudahan yang ada ni sebaik-baiknya dengan cara yang elok

      Reply
    1. hazlan Post author

      dulu2 mungkin kot, namun sekarang segalanya cepat dan pantas…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu kena layan batu block la gayanya ( lepak tembok, lepak kat tangga komplek2 dan tempat2 lain cam dulu2)

      Reply
  11. Muhd Suhaily

    Internet memang best jika ada, suka suka cari info..jadi siok dibuatnya…lagi best jika sentiasa ditemani berukband…

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu berukband boleh akses dimana sahaja tu yang best… berhubung dengan satu dunia

      Reply
  12. mijie

    wujudnya internet adalah untuk kebaikkan tetapi manusia la yang merosakkan internet itu ke arah jalan yg tak sepatutnya

    Reply
  13. suri

    ityulah internet kemudahan hya di hujung jari sahaja..lama2 nnti tkut manusia pula yang mals huhu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      kelemahannya jiran sebelah rumah pun kenal kat internet jek… keluar masuk umah tak la kenal… lebih kurang malas macaxm tu kot huhuhuhu

      Reply
  14. suri

    ada internet maka segalanya blh berlaku,dari 3d, animasi semua blh buatkan.tapi ada juga sesetengahnya menggunakan it ke arah pd keburukan..huhu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      kat luar ada pencuri, perompak, pembohong… derang pun dah celit IT dan explore lak kat internet… tu yang kacau bilau tu

      Reply
  15. bujang3

    masing-masing punyai sebab tersendiri kenapa menggunakan internet… untuk aku…sekadar tidak mahu ketinggalan dalam dunia IT nie… cuba menjadi orang yang celik IT….

    Reply
    1. hazlan Post author

      yup sebab dan munasabab hanya diri sendiri yang tahu….

      Reply
  16. wazy

    Sekarang ni semuanya bergantung pada internet ,kita kena la bijak menggunakannya dengan perkara yang berfaedah.Harap satu hari nanti provider isp di Malaysia selaraskan harga bagi perkhidmatan mereka,baru la berbali-baloi =)

    Reply
    1. hazlan Post author

      betu tu bro.. lebih2 lagi provider isp semua orang mengharapkan yang terbaik untuk harganya lebih2 lagi ekonomi sendiri pun agak terhad ni…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *