Memasang dan mencuba sendiri wordpress – localhost

By | March 29, 2010

Setelah sekian lama aku memberi beberapa contoh dan pengenalan mengenai penyedia script bagi sesebuah laman web. Sekarang korang berpeluang untuk menggodek dan mencubanya sendiri sambil belajar apa2 yang perlu.

Korang tak perlulah lagi membeli hosting dan nama domain sekiranya benar2 baru dan ingin mencuba sambil belajar selok belok penggunaan penyedia script laman web ini. Tak kiralah samada korang berminat dengan Joomla, Drupal ataupun WordPress.

Namun sekarang aku akan tunjukkan bagaimana untuk memasang dan mencubanya  hanya didalam komputer milik kita sendiri (localhost). Terutamanya bagi pengguna2 sistem operasi yang menggunakan  Windows. Bagi pengguna Linux, sekiranya tiada aral melintang akan datang aku cuba buat entry atau posting yang lain. Sebenarnya ada banyak cara, dan apa yang aku akan tunjukkan adalah salah satu cara yang paling mudah. Mari kita mulakan bagaimana cara2 pemasangan untuk penyedia script laman web iaitu WordPress.

Download:

  1. Korang perlu memuat turun perisian XAMPP di sini : www.apachefriends.org
  2. Masih didalam laman web tadi, korang perlu mencari  xampp for windows dan kemudian klik.
  3. Scroll down mouse korang kebawah dan korang dapati ada Xampp Windows Basic Package, disitu terdapat 2 jenis muat turun iaitu .exe dan .zip. Aku memilih .zip namun .exe  boleh juga digunakan. p/s: tutorial  ini adalah menggunakan .zip.

Letakkan muat turun itu tadi  dimana2 ruangan kat komputer korang namun yang paling mudah letakkan sahaja kat desktop. Sekarang tiba masanya korang memuat turun folder WordPress. Untuk memuat turun disini: wordpress.org

(Atas) Klik pada ruangan download – Versi dalam tutorial ini adalah WordPress 2.9.2

Pemasangan:

1. Dengan menggunakan perisian .zip atau .rar korang boleh mengextract (mengeluarkan) folder WordPress yang dimuat turun itu tadi ke ruangan desktop.

2. Sama juga seperti penggunaan sistem operasi WordPress diatas tadi, folder2  XAMPP perlu dikeluarkan terus ke dalam  drive c:\ .

3. Kemudian letakkan folder WordPress yang telah dikeluarkan itu tadi ke dalam c:\xampp\htdocs\…. < disini file wordpress.


4. Buka folder WordPress itu tadi dan cari wp-config-sample. Select file itu tadi kemudian right click pilih open with notepad. p/s: korang boleh gunakan choose default program dan pilih always use selected program by notepad. Jadi korang tak payah buat perkara seperti diatas tu berulang kali.

5. Korang akan dapati koding seperti diatas akan tertera. Namun dengan tanda yang berwarna kuning  apa yang korang perlu lakukan adalah mengubahnya.

6. Korang perlu dan wajib ubah seperti yang aku terakan dengan tanda  berwarna kuning  seperti potongan gambar di atas.

7. Setelah selesai save file itu tadi, kemudian renamekan file  daripada wp-config-sample kepada wp-config sahaja.

8. Ini adalah file penuh yang digunakan oleh system aplikasi  sebuah penyedia laman web WordPress.

Local Online:

1. Bagi sistem operasi localhost secara online boleh digunakan dan berjalan lancar (tanpa perlu sambungan internet). Pergi ke drive c:\xampp dan korang cari xampp_start dan double click file itu untuk pengoperasian.

2. Paparan daripada command promt (cmd) akan tertera. Biarkan untuk beberapa ketika kerana paparan itu akan hilang dengan sendirinya.

3. Buka browser korang samada Internet Explorer, Mozilla dan opera lalu taipkan http://localhost/xampp. Akan keluar pilihan bahasa, pilih kepada english kemudian paparan seperti diatas akan keluar. Tahniah korang dah berjaya!

4. Kemudian taipkan di browser dengan http://localhost/phpmyadmin. Di ruangan Create new database taipkan wordpress dan pastikan setting yang lainnya seperti gambar diatas. Itu adalah setting yang memang tersedia.

5. Database yang korang created tadi akan tercipta dengan sendirinya di c:\xampp\mysql\data\…< file tercipta di sini

Install WordPress:

1. Di browser korang taipkan http://localhost/wordpress ruangan aplikasi untuk menginstall wordpress akan muncul. Isikan apa sahaja tajuk yang korang rasakan sesuai seperti contoh gambar diatas kemudian klik butang install.

2. Setelah menekan butang install beberapa saat sahaja  ruangan succsess! pula muncul disertakan sekali dengan username dan password. Copy > paste atau salin semula password yang diberi itu kat mana2. Kemudian tekan butang login diruangan sucsess! tadi, akan terpapar pula login admin panel seperti gambar diatas. Masukkan username dan kata laluan (password) seperti yang diberi lalu tekan butang login.

3. kalau korang rajin korang boleh tengok di http://localhost/phpmyadmin dimana installasi untuk database wordpress sudah mempunyai file didalamnya.

4. Ini adalah paparan admin panel wordpress setelah korang berjaya login masuk.

5. Buka browser baru dan cuba taipkan http://localhost/wordpress. Paparan seperti diatas dengan default wordpress template akan keluar.

6. Namun korang perlu mengubah password dengan mengklik butang seperti gambar diatas.

7. Paparan profile page akan muncul.Lalu korang scroll mouse kebawah dan cari arahan New Password. Letakkan password apa yang korang mahukan, selesai sahaja tekan butang update profile.

8. Log out dan Login semula dengan password baru. Ok jadi ker? Harus diingat username masih lagi menggunakan admin. Tips: untuk direct login boleh taipkan http://localhost/wordpress/wp-admin

9. Untuk mencuba posting disebelah kiri admin panel ada ruangan post (boleh dropdown) kemudian add new.

10. Letakkan posting seperti contoh di atas. Kemudian tekan butang publish…. atau korang boleh juga preview bagi melihat hasil dahulu sebelum korang nak publish…

11. Korang sudah pun  berjaya… tahniah! tahniah!

Pesanan:

1. Namun Untuk keselamatan korang boleh menukar nama untuk database  mysql . Taipkan http://localhost/security kemudian ikut arahan seperti gambar diatas. Ingat file wp-config juga perlu ditukar agar sama dengan pertukaran dibahagian xampp security ni . Dan korang boleh memulakan langkah2 seperti biasa.

Log Off XAMPP:

1. Di ruangan c:\xampp cari xampp_stop dan double klik

2. Paparan seperti diatas pun keluar…. Tunggu sebentar paparan akan hilang dengan sendirinya . Selamat Berjaya!

Sedikit tips: Korang boleh menggunakan cara yang sama (perlu sedikit modifikasi) untuk mencuba joomla, drupal atau apa2 sahaja penyedia script untuk laman web.

43 thoughts on “Memasang dan mencuba sendiri wordpress – localhost

    1. hazlan Post author

      tq frants-senpai, betul tu… localhost untuk testing aku rasa oklah… memang tak der chmod pun kalau guna simple2 ni… boleh guna tapi ada cara installation lain… sikit complicated…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… sikit je la… yang penting jadi dan dapat memahami…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… kat database tu memang datang macam tu rasanya (aku tak pasti shortcut aper yang dimaksudkan Rozaini tu)… tak ada ubah pun apa2.. peh 3 cms terus… gud2… macamana hasilnya? leh aa kasi kongsi info kat aku nanti….

      Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… memang banyak, boleh juga buat secara manual… tapi xampp, wampp atau lampp lebih mudah berbanding manual (ambik satu2).

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu slow2… tak derk hal zik… kalau tak bz sangat cepatla saya reply kalau bz mintak maaf awal2 kalau terlambat…

      Reply
  1. azizan4444

    pergh..skli tgk snggh complicated..ni klu nk ikut mau 2 3 kli rujuk ni…hehehe..

    ps:org lain skli bace da ok..aku je kn bnyk kli..fail snggh bab2 cmni..haish

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku pun cam tu gak, ada perkara yang aku lambat nak detect… ada perkara aku cepat detect… huhuhu… cuba buat dan pratik pelan2… bila dah berjaya bab kepuasan tu sendiri yang tau… aku rasa ko pun penah lalui ye tak azizan? Semoga berjaya… amin

      Reply
  2. Zymazara

    Salam Bro….

    Apa khabar?

    Errrkkkkkk, begitu complicated la pelajaran hari ni, Cikguuuuuuuu!! Konpius nihhhh….otak tgh slow nihhhhh. Ahaakkkksss…..

    Anyway, thanks ye 4 this….

    🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Anugerah Terindah =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      baik2 jek ni… bz ya amat… cuba nak meluangkan masa kat blog sendiri pun waduh…. simpan dan buat pelan2, berguna jugak kalau nak belajar guna wordpress… manalahtau satu ari nanti nak pindah wordpress, joomla ke drupal ke pulak atau nak wat website kat company sendiri tu…. dapat kurangkan kos tu… huhuhu… u r welcome.

      Reply
  3. aktechpage.com

    Memasang wordpress di localhost ni sangat bagus especially utk backup blog kita yg online punya. Database MySQL blog worpress kita yg online tu boleh kita savekan ke dalam lokal komputer dan masukkan ke dalam datase wordpress di lokalhost.

    Kira duplicate blog kita yg online punya. Aku guna WAMP sbg server.

    Very nice tutorial bro,
    lepas ni wat post cara2 backup & restoration database MySQL di server hosting ke lokal server plak 🙂 .

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… betul2 sangat aku setuju… Insya-Allah nanti aku wat posting tu sekiranya masih bernyawa lagi… ke”busy”an tengah melanda ni… terima kasih dengan suggestion tu.

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul2 tu cuma kemahuan dan kerajinan masing2 sahaja yang diperlukan…

      Reply
    1. hazlan Post author

      betul tu fantastico paing senang… satu lagi softaculous…

      Reply
  4. hisham

    Salam, saya menggunakan wordpress untuk blog http://hurairah.net/. Pada bahagian Edit Post | Publish, saya dah schedule semua post akan datang untuk keluar pada tarikh tertentu. Masalahnya adalah post tidak dikeluarkan langsung dan saya terpaksa edit dan publish beberapa kali post tersebut sehingga ia keluar. Masalah ini tidak berlaku pada blogspot, post keluar ikut schedule yang ditetapkan. Boleh bantu?
    .-= hisham´s last blog ..Isolation during the time of fitna =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kembali, oh… saya cuba ya… tak pernah pulak aku jadi macam tu setakat ni… ada 7 blog guna wordpress dah ni.. nak tau jugak bro hisham guna wordpress version berapa… sebab apabila saya page source blog bro ni tak dinyatakan wordpress version berapa.. yang terbaru wordpress 2.9.2 akan datang akan ada wordpress 3.0. Kalau version lama sebaik2nya kena update ke version terkini… Cuba rujuk dekat setting > general> pastikan timezone > kuala lumpur (+8.00)
      seperkara lagi pastikan dah edit untuk tarikh2 tertentu tekan terus publish. Sekadar membantu… kalau ada masaalah lagi boleh bertanya jangan segan2… tak derk hal punya

      Reply
    1. hazlan Post author

      oh boleh mencubanya sendiri ni kat pc… atau guna free hosting… guna domain co.cc… u r welcome.. ada masa nanti cuba2lah erk

      Reply
  5. Ridhuan

    Bro… Haritu gua pakai xammp in win7 64bit pastu install wordpress kat localhost/wordpress/. Everything works fine for about 2 weeks. Sempat la setting theme, plugins, troubleshoot theme.. Then 1 day cuma page localhost/wordpress/ & localhost/wordpress/wp-admin/ je yang bole access. Kalo click kat link lain terus go to localhost/xampp/. Agak-agak pasai apa? Da try unistall and reinstall.. Cuma format lptop je blom lg.. Did used system restore tp still mcm tu..

    Reply
    1. hazlan Post author

      rasanya database tu… kena setting manual … tengok dulu dekat phpmyadmin setiap database, cari link yang tulis ke url localhost tu… kalau ada set semula ke url asal… biasanya http://namadomain dot apa2… com ke org ke… dll.. kalau tak berjaya bagitau bro…

      Reply
      1. Ridhuan

        Maybe database tapi setting sama je.. link memang standard sebab tak penah letak mana2 url domain (.com/.net/etc). The localhost site just for offline test and tweaks. Not connected to any online server at all. because my purpose of using xammp it to ease any tweaks to templates and plugins before i use/upload them to real site online.

        Reply
        1. hazlan Post author

          sama juga macam aku bro… memang senang buat kat localhost, lebih2 lagi buat testing… pastu upload je ke server dan tak lah mangacau perjalanan server…atau bro dah try check kat wordpress general setting> WordPress address (URL) dan Site address (URL) tu mesti sama… kedua2nya mesti http://namadomain.com/org/etc kalau http://localhost bro kena tukar… atau bro try uninstall xampp dan try wampserver pulak… sekiranya ok, bermakna ada masalah xampp dalam windows X64 tu… sori bro kalau salah, semuanya ini adalah kemungkinan dan aku cuba membantu dan kalau ada apa2 yang teringat nanti aku sambung balik…

          Reply
          1. Ridhuan

            hehe semua prob tu dlm localhost je bro. example my homepage wordpress (localhost/wordpress) then bile click link (localhost/wordpress/link1) terus go to (localhost/xampp). test site ni mmg xde kaitan ngan mane2 site online pun.

            Reply
            1. hazlan Post author

              alamak bro… baru la paham… sori2 tersalah tafsir… nanti aku riki2 semula.. rasanya tak pernah kena pun kat aku cam gini… melainkan logiknya kalau (localhost/wordpress/link1): link1 tu dah memang di link ke localhost/xampp . Itu kalau di setting sendiri. Ini tidak.. suka2 dia ke localhost/xampp kan bro…

  6. Ridhuan

    mmg itu la masalahnye.. cuma localhost/wordpress je yg ok.. link lain semua go to localhost/xampp walaupun setting utk go to url lain. yg pelik page wp-admin and all other admin function (plugin/add post/comment/settings) ok je.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sudah lama aku menggodek namun tak tau lai punca masalahnya… google pun dah.. cuma nak tahu benar2 kena install windows x64 dan install xampp… lap top aku memang support x64 tapi install versi x86 je…

      Reply
  7. Rina As

    saya belum pernah coba untuk menginstall platform wp di localhost, saya akan coba nie
    Terima kasih sekali atas ulasan ini

    Reply
    1. hazlan Post author

      cubalah rina-as,jika ada masalah boleh bertanya.. mudah2an tiada masalah

      Reply
  8. f

    Salam bro, da berjaya install XAMPP tapi yang peliknya di bahagian gambar no.4, tak ada ruangan setting “My SQL localhost” utk “create new database,” dah try googling, kebiasaanya lepas install keluar ruangan My SQL localhost2, kenapa ye ?, btw saya gunakan xampp-win32-1.7.7-VC9-installer.

    Reply
    1. hazlan Post author

      sekarang aku pun dah gunakan versi xampp-win32-1.7.7-VC9-installer ni.. tapi tak pulak ada masalah tu.. try install xampp-win32-1.7.7-VC9-installer menggunakan .exe.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *