Pengenalan Drupal

By | March 20, 2010

Selain Joomla dan WordPress, Drupal juga adalah salah satu penyedia script untuk sistem lawan web. Dengan menggunakan sistem CMS,dimana ia adalah bersifat perisian sumber terbuka (Open Source) drupal dapat memaparkan, mengelola dan mengatur dengan amat mudah untuk kepelbagaian isian yang dikehendaki. Terlalu ramai samada perseorangan ataupun organisasi2 yang menggunakannya. Atas tujuan pelbagai aktiviti di ruangan maya, antaranya:

  1. Portal
  2. Forum
  3. E-Commerce
  4. Applikasi perisian internet
  5. Blog
  6. Direktori
  7. Jaringan sosial

Sejarah Drupal


Dries Buytaert , lahir di Belgium pada 19 November 1978, Muda lagi rupanya mamat ni,berkelulusan PhD dalam ilmu perkomputeran pada Januari 2008 di sebuah Universiti Ghent, Belgium.

Membangunkan Drupal secara tidak sengaja bermula di sekitar 1998 dan 1999. Dimana pada awalnya ditulis oleh beliau sebagai sebuah papan mesej. Drupal menjadi sebahagian projek open source pada tahun 2001. Drupal adalah sebuah perkataan inggeris daripada perkataan belanda “druppel“, yang bermaksud “drop” (seperti “menitiskan air”). Beliau yang ingin mendaftar untuk laman web sistem laman web ini dalam bahasa Belanda “Dorpje” yang bererti “desa kecil” untuk aspek2 kemasyarakatan. Semasa memulakan pendaftaran domain, beliau tersalah tulis dan terus apply dengan perkataan “Drop“.  Terror2 pun ada salahnya kan. Tapi terus mempertahankan nama tersebut “Drop” kerana masih tiada siapa yang memilikinya lagi. Jadi versi jaringan pertama yang menggunakan drupal secara online adalah adalah domain drop.org. Laman ini dah tak digunakan lagi, lalu diganti dengan drupal.org.

Ditulis dengan bahasa PHP. Drupal boleh dijalankan atau dioperasikan di atas pelbagai sistem pengoperasian lain seperti Microsoft Windows, Mac OS X, FreeBSD dan lain2 yang boleh menyokong web server seperti Apache atau ISS. Drupal juga memerlukan sistem perpograman database seperti MySQL dan PostgreSQL untuk menyimpan kesemua data2nya. Drupal versi terbaru yang masih dalam peringkat beta boleh digunakan dalam sistem pengoperasian database MSSQL.

Walaupun menurut pemaju sistem penyedia aplikasi internet Drupal ini dikatakan agak sukar untuk pengguna2 baru, namun dengan kepelbagaian kelebihan dimana ianya merupakan salah satu sistem CMS yang terbaik kerana kemampuannya bukan hanya sekadar CMS namun denga API-nya juga dapat digunakan sebagai Framework dalam pembangunan aplikasi asas web CMF.


Video (atas) Dries Buytaert memberi ucapan di Boston Drupal user group teletak di Kampus MIT, Boston.

Konsep

  • Node. Ia adalah salah satu konten yang terdapat dalam drupal. Sebuah node akan dapat membangunkan blog, forum, halaman statik, video, audio termasuk flash. Kumpulan node inilah yang membentuk keseluruhan dalam sebuah website asas drupal.
  • Taxanomy. Node yang sudah bertambah perlulah dikategorikan, dengan kesesuaian topik yang hendak disediakan. Dalam drupal modul Taxonomy yang digunakan adalah untuk mengkatagorikan pengisian2. Cara untuk mengklasifikasikan pengisian sepenuhnya bergantung kepada pengguna itu sendiri. Nama Taxonomy diambil dari sebuah pengilmuan klasifikasi. Oleh yang demikian setiap satu konten bolehlah di kategorikan, sebagai contoh: Politik, Ekonomi, Sains ataupun Agama. Bergantung kepada kehendak penerbit.
  • Comment. Merupakan tanggapan terhadap sesebuah node yang ditulis oleh pengguna lain terhadap penulis ataupun penerbit.
  • Menu. Sistem ini adalah sistem pengendalian permintaan. Jika “clean URL” tidak diaktifkan maka query string yang berbentuk ?q= akan ditangani oleh sistem menu dengan sendirinya.
  • Module. Penambahan dengan kepelbagain modul2 yang bersesuaian. Modul adalah satu program yang ditulis oleh PHP, jika diaktifkan akan menambahkan fungsi yang tertentu. Misalnya ” Modul untuk Organic Group” dimana akan memberi fungsi group/mailing list seperti google group ataupun yahoo group. Modul Imager akan memberi pengguna menambahkan gambar sebagai node.
  • Themes. Menambah kecantikan penampilan disesebuah laman web bagi perisian drupal ini.Fungsi layout, penempatan block,style dan sebagainya juga dimuatkan. Themes boleh diubah2 dengan kesesuaian tema atau konsep laman web.Ianya tersedia didalam direktori /themes ataupun /sites/all/themes.
  • Hook. Pengguna tidak pernah menyedari konsep ini dalam drupal. kecuali mereka adalah seorang pemaju. Hook adalah metadata yang digunakan drupal agar setiap modul dapat menambah kepelbagaian fungsi yang tertentu, dengan cara mengaitkan fungsi tertentu pada hook yang dimiliki dalam sistem drupal. Sebagai contoh, Setiap modul dapat menambah menu baru dengan cara mendefinasikan fungsi modul_menu, yang akan menjamin drupal tidak akan lupa yang menu tersebut berada ketika ianya sangat diperlukan.

Pada tahun 2009, Drupal telah digunakan oleh ribuan pemaju hampir setengah juta website termasuk laman2 web yang besar seperti MIT, Harvard, Sony Music dan WhiteHouse.gov dibawah pentadbiran Obama.

Drupal juga telah memenangi beberapa award di Packt Open Source Award dan sebanyak tiga kali berturut2 memenangi Webware 100. Ringkasan daripada pengumuman tersebut di Packt Open Source Award :

We are pleased to announce that Drupal
has won the Best Open Source PHP CMS Category in the 2009 Open Source
CMS Award. This category featured a very close contest between the top
three, Drupal, WordPress, and Joomla! in which Drupal ended up as the
overall choice for the judges and the public.

While Drupal and Joomla! have always
consistently featured among the top three in this category, WordPress
made its way into the top five for the first time. The fact that it was
outranked by Drupal by a very slight margin indicates how popular it
has become with users as well as developers over the past year.

Logo Drupal

Setelah Drupal mula berkembang, Bermulalah dengan penciptaan logo. Konsep logo yang mahu ditonjolkan adalah perlu merangkumi titisan air atau hanya air pada umumnya. Idea awalnya adalah sederhana setitik air didalam bulatan. Ia terlahir sebagai sebuah “O” dalam bendalir “drop“. kemudiannya idea lain muncul untuk menggunakan lakaran wajah.

Steven Wittens (UnconeD) telah mencipta sebuah versi 3D, Tetapi idea itu tidak kesampaian kerana perisian drupal waktu itu sukar untuk bekerja dengan konsep 3D.

Lalu Kristjan Jansen (kika) telah tampil dengan idea untuk meletakkan dua titisan besebelahan untuk membentuk sebuah simbol yang tiada had.Sewaktu ditempatkan di dalam sebuah lingkaran penuh ia menyerupai sebuah wajah. Setelah terlalu banyak bekerja untuk mencipta logo ini dari Steven Written lalu terciptalah ” Druplicon” sebuah karya berkonsep”drop“, mata yang besar tak terhingga “infinnity“, si hidung yang bulat dengan senyuman yang nakal.

Versi Drupal

Tiada spesifikasi tahunan versi Drupal sebenar yang aku jumpa, jadi diantara versi2 Drupal adalah:

  • 2003 – Drupal version 4.x
  • 2007 – Drupal version 5.x
  • 2008 – Drupal version 6.x
  • Drupal version 7.x

** versi drupal .x bermaksud mempunyai versi2 penambahan selepasnya.

  • 23 Februari 2010- Drupal 7.0 Alpha 2 (versi percubaan)- dan tidak tahu bila akan dilancarkan versi final untuk drupal versi 7.0 ini.

Drupal dibina oleh sesiapa dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Kerana ianya di orginisasikan sebagai Open source di pelbagai negara, yang mengagumkan ianya berjaya dan berhasil sebagai sebuah script untuk perisian membina laman web yang hebat. Mungkin agak rumit apabila digunakan kerana pada awalnya ia dibina adalah untuk developer kepada developer. Namun versi yang akan datang Drupal akan mencuba menjadikanya sebagai user-friendly.Selamat datang ke Drupal.

Laman Web Drupal : http://drupal.org

26 thoughts on “Pengenalan Drupal

    1. hazlan Post author

      huhuhu… memang ada gak wat research… kalau ader pelanggan tanya leh a nak menjawab nanti… kalau tak kantoi…. huhuhuhu…

      Reply
  1. AyieBlog

    Salam bro azlan, ayie pernah dengar pasal drupal n pernah guna dulu try setting dalam local host pc tapi masalah dia x sama dengan jomla bila nak priview laman 2 ayie musykil sikit x jadi2,ayie pernah join Kripkorn Studios dia punya laman pakai drupal.. emm

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku penah cuba kat local host menggunakan wampserver… setakat ni belum lagi ader problem… oo kripkorn studio banyak gak leh belajar dari sna.. terutamanya PHPBB… tq ayie

      Reply
      1. AyieBlog

        sama2 bro hazaln saling bantu membantu anak melayu :),kongsilah pasal drupal yang bro hazaln tahu ayie setting pakai Xammp je.. senang nak buat masalah bila nak priview laman 2 x jadi 😀

        Reply
        1. hazlan Post author

          Insya-Allah Ayie… memang tengah dalam plan pun ni.. cuma faktor masa jek…. harap2 berkesempatan la nanti… oo, Xampp ke Xammp ?

          Reply
            1. hazlan Post author

              hahaha, tau… saja jek nak berseloroh… huhuhu

    1. hazlan Post author

      huhuhu… aku suka sesuatu bahan itu benar2 lengkap, terpulanglah kepada pembaca. Mungkin tak berminat membaca dengan tulisan panjang lebar dan ada yang tak kisah… twitter? ada http://twitter.com/hhazlan

      Reply
    1. hazlan Post author

      ebook joomla ader… tapi in english… kalau nak tunggu aku pos satu lagi entry pasal joomla.. nak kasi link download terus… boleh ke?

      Reply
    1. hazlan Post author

      Bagi aku, Drupal lagi advance dari Joomla… namun akan datang versi 7.0 akan dipermudahkan untuk semua user, menurut sumber2 forum Drupal la… aku dah cuba… tapi agak2 pening sendiri… antaranya pasal nak ingat balik kedudukan entry2 tu… lahai…

      Reply
  2. arithok

    hello Bro .. salam kenal dari Indonesia 🙂 Saya juga pecinta drupal, sangat fleksibel dan powerfull. Tutorial drupal dalam bentuk PDF bisa didownload di blog saya. Go Drupal!

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kenal kembali arithok… wah drupal memang hebat tuh… nanti aku datang dan download ya… terima kasih ya kerana menyinggah…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2… salam kenal kembali… terima kasih juga kerana sudi mengomen

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu bro… nak cuba drupal ni biasanya kena masa yang benar2 free….

      Reply
    1. hazlan Post author

      wah menarik tu… terima kasih banyak2… rasa nak tukar dari wordpress ke drupal 7 pulak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *