Sejarah WordPress

By | February 14, 2010

WordPress merupakan sistem penerbitan blog yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya.

b2

b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.

Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.

Permulaan WordPress

Nama ‘WordPress‘ telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada ‘bapa’ pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).

WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.

Walaupun begitu, seseorang pengguna WordPress masih boleh memiliki lebih dari satu blog WordPress di dalam satu pelayan dan pangkalan data yang sama, iaitu dengan meletakkan fail-fail pemasangan WordPress dalam direktori yang berlainan. Terbitan perisian baru WordPress selalunya dinamakan sempena pemuzik jazz yang terkenal, contohnya Mingus dan Ella (Ella Fitgerald).

Perubahan / Penstrukturan Movable Type

  • Pada tahun 2004, penstrukturan semula pelesenan Movable Type telah dilakukan oleh Six Apart, dan kebanyakan pengguna sistem blog ini telah berpindah dan beralih kepada penggunaan WordPress. Ini meninggalkan satu impak yang hebat dan berterusan untuk populariti WordPress.
  • WordPress mula dilancarkan kali pertama sekitar tahun 2003. Ia hanya menggunakan bit kod tunggal bagi meningkatkan tipografi untuk penulisan harian.

Pemaju
Pemajuan dan perkembangan WordPress diketuai oleh Ryan Boren dan Matt Mullenweg. Mullenweg dan Mike LIttle merupakan pemula bersama untuk projek ini.

Pemaju yang turut menyumbang termasuk:

  1. Dougal Campbell
  2. Mark Jaquith
  3. Alex King
  4. Donncha O’Caoimh
  5. Michel Valdrighi
  • Walaupun komuniti WordPress lebih banyak menyumbang kepada kemajuan binaan WordPress, tetapi ia sering berkait rapat dengan Automattic.
  • Komuniti WordPress membantu perkembangan perisian dengan terlibat menguji WordPress, iaitu satu kumpulan yang sukarela dalam membantu menguji setiap versi dan prototaip. Mereka memiliki akses yang awal terhadap versi Beta WordPress dan perisian penguji. Segala log ralat dan pepijat akan dilaporkan kepada satu senarai log khas, dinamakan sebagai alat Projek Trac.

Ciri-ciri

  • Menghasilkan kod XML, XHTML dan CSS yang standard dan diterima pakai umum.
  • Pengurusan pautan web bersepadu
  • Struktur pautan individual yang mesra-mesin pencari
  • Sokongan perisian-tambah masuk (plugin)
  • Kategori dalam kategori,dan kategori berbilang untuk artikel
  • Trackback dan pingback
  • Sistem penapisan tipografik untuk pemformatan dan visualisasi teks.

Versi WordPress

1. WordPress 0.7.1 (Mei 2003)

Gold” Versi pertama WordPress dan mempunyai banyak prosedur pemasangan secara manual yang mesti diikuti dan banyak juga perkara yang perlu di edit. Landing page untuk wp-admin akan terus ke mukasurat untuk anda menulis artikel atau pun ‘Write Post‘. Tiada dashboard, tiada kemudahan untuk menguruskan komen pada blog dan anda hanya boleh menulis artikel dalam satu kategori sahaja. Antaramuka yang ringkas, menu yang ringkas tanpa sub-menu. Mukasurat untuk menguruskan pengguna anda pula (subscriber/contributor) pula di panggil “Team”.

2.  WordPress 1.0.1 (Januari 2004)


Miles” – Miles Davis. WordPress telah mengorak langkah dengan versi 1. Perubahan yang paling ketara pada versi ini ialah kewujudan fail wp-config.php sepertimana sekarang. Keseluruhan antaramukanya menggambarkan apa yang akan terjadi pada tahun-tahun akan datang dan pada masa ini anda boleh menambahkan kategori pada artikel.

3.  WordPress 1.2 (Mei 2004)

Mingus“- Charles Mingus. Tidak banyak perubahan pada rekabentuknya, namun terdapat pembangunan pada ‘coding’ script ini. Dan lihat pada admin menu. Terdapat satu penambahan yang menambahkan keseronokan WordPress iaitu ‘Plugins‘.

4.  WordPress 1.5 (Februari 2005)

Disebarkan untuk umum pada pertengahan Februari 2005 dan dilabelkan dengan kod nama “StrayHorn” bersempena nama Billy Strayhorn, versi 1.5 telah menambah julat dan kepelbagaian fungsi untuk WordPress. Satu daripadanya ialah kemampuan untuk mengurus dan mengemaskini laman statik. Ini membenarkan kandungan halaman web dicipta dan diuruskan di luar kronologi blog yang normal. WordPress telah melangkah dari sebuah sistem blog yang mudah kepada Sistem Pengurusan Kandungan (CMS-Content Management System) yang lebih kompleks dan berkepelbagaian dari segi fungsi.

Seperkara lagi merupakan sistem template/tema yang baru, yang membenarkan pengguna untuk mengaktivasi atau menyahaktivasi templat untuk laman web mereka. Ia dilengkapi dengan templat tema terbina dalam yang terkini(dilabelkan dengan kod nama Kubrick bersempena mendiang Stanley Kubrick). Ia direka oleh Michael Heilemann. Tahun yang sangat baik bagi wordpress. Versi yang julung2 kalinya ini telah dimuat turun sebanyak 900,000 kali. Lalu wordpress.com pun telah diwujudkan.

Versi ini memperkenalkan menu logic iaitu top level links dengan submenu.Perubahan yang ketara ialah bukan sahaja menu ‘Posts’ tetapi juga ‘Pages’.Versi ini juga memperkenalkan ‘dashboard’. Beberapa bulan kemudian, WordPress 1.5.1 dilancarkan dan mengubah layout WordPress. Tiada logo WordPress dengan latarbelakang warna kelabu.

5.  WordPress 2.0 (31 Disember 2005)
Disebarkan untuk umum pada Disember 2005 (kod nama “Duke” bersempena pemain piano Jazz juga penggubah Duke Ellington), fungsi versi 2.0 telah ditambah dengan ruang pemproses kata bergrafik, sistem perngurusan yang lebih baik, kemampuan untuk memindahnaik imej, penerbitan artikel dengan lebih pantas, sistem import yang diperbaiki dan seterusnya mengubah wajah akhir sebahagian besar antara muka WordPress.

WordPress 2.0 juga menawarkan variasi peningkatan untuk pemaju perisian-masukan (plug-in). Bermulalah era baru wordpess yang dipanggil ‘big blue header’. Paparan antaramuka ‘Write Post’ mendapat perubahan yang besar. Editor WYSIWYG dan kemudahan anda membuka atau membuang item supaya anda selesa dengan meletakkan perkara yang penting di bahagian atas (sebelah kiri) semasa menulis artikel untuk blog.fiture baru pada rich editing, sistem administration yang lebih baik, upload image, pengembangan untuk import system, posting yang lebih cepat, perkembangan yang lebih baik untuk developer plugin.

Lihat gambar diatas. Terdapat juga menu ‘Import’ untuk anda import artikel anda dari Blogger atau MoveableType ke blog WordPress korang. Adakah WordPress mahu menguasai dunia? Dashboard pula mendapat lebih suntikan AJAX untuk menambahkan kelajuan semasa ‘loading’.

Pada tahun 2006 pula blogware wordpress di download sebanyak 1,545,703 kali, dan 371 plugin unik yang di download sebanyak 191,567 kali.Pada tahun ini juga pertama kali diadakannya WordCamp di san fransisco.

6.  WordPress 2.1 (Januari 2007)

WordPress 2.1 dashbord (atas)


Pada 22 Januari 2007, WordPress menyebarkan satu lagi versi perisiannya yang terbaru (dilabelkod sebagai versi “Ella“, bersempena nama vokalis jazz Ella Fitzgerald). Versi 2.1 ini merupakan satu evolusi WordPress yang besar, memperbaiki isu sekuriti, merekabentuk semula antaramuka dan memperkemaskan alat-alat mengedit (termasuk semakan ejaan bersepadu dan auto-simpan), menaiktaraf opsyen untuk pengurusan kandungan web, dan pelbagai variasi kod juga optimisasi pangkalan data

7.  WordPress 2.3 (September 2007)


Dexter” – Dexter Gordon. Dibawah ialah gambar pada main text area. Anda boleh lihat ‘Tags’ telah di masukkan. Versi ini banyak memberi kesan kepada Database dan pada satu ketika mengakibatkan kemusnahan kepada beberapa ‘themes’ semasa upgrade ke versi ini.Namun versi ini mempunyai native tagging, system task baru untuk bahagian kategori, notifikasi yang mudah untuk diupdate dan sokongan penuh untuk atom 1.0.

Pada tahun 2007  ini engine wordpress telah di muat turun sebanyak 3,816,965 kali. dan terdapat 1,384 plugins juga telah di download sebanyak 2,845,884 kali .Peningkatan 15 kali dari tahun sebelumnya. pada tahun 2007 ini juga wordpress mengadopsi sistem release regular terjadual. Release future major dijadualkan akan berlaku setiap 3 – 4 bulan, atau 3 kali dalam setahun.

8.  WordPress 2.5 (Mac 2008)

Breker” – Micheal Breaker.Versi ini lebih di kenali sebagai ‘DO NOT WANT RELEASE’. Ini hanyalah pendapat2 bloggers dari Eropah. Admin links terbahagi kepada 4 tempat yang berlainan di merata tempat. Kebanyakan dari bloggers Eropah tidak menyukai versi ini. (Blogger2 Malaysia macamana?) Bagaimanapun bahagian dashboard telah mula menampakkan kemajuan. Lebih tersusun kemas dan mudah dikendalikan.

9.  WordPress 2.6 (Julai 2008 )


Tyner“- McCoy Tyner. Terdapat 2 perubahan kecil pada versi ini iaitu terdapat ‘Word Count’ pada ‘Write Post’ interface dan juga ‘Turbo’ Link.

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.15

10.  WordPress 2.7 (Disember 2008)

WordPress 2.7 dashbord (atas)


WordPress 2.7 “Coltrane”. Perubahan yang amat2 ketara dalam versi ini.Ianya merupakan versi yang paling diminati. Pasukan pembangunan platform WordPress telah bertanya kepada para bloggers dari serata dunia bagaimana versi yang mereka inginkan. Hasilnya adalah mempunyai dashboard yang lebih friendly dan merupakan sokongan utama untuk bloggers berinteraksi dengan blog mereka. Terbaik dan mempunyai apa yang dipanggil ‘real menu’ dimana bloggers boleh akses ke mana-mana mukasurat dari mana-mana mukasurat sekali pun. Perubahan paling ketara boleh dilihat pada design bahagian dashboard yang telah diberi nafas baru. Cuba anda klik pada apa-apa menu di sebelah kiri, anda akan perasan satu anak panah yang akan memaparkan kesemua submenu yang lain – ternyata memudahkan.

Hampir kesemua bahagian dalam dashboard boleh diubahsuai. Sekiranya korang tak beminat dengan bahagian Other WordPress News, anda boleh minimize ia atau sembunyikannya terus, begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain.Dengan WordPress 2.7 ini juga, anda mungkin tidak perlu lagi membuka klien FTP. Ini kerana proses upgrade WordPress kini sudah boleh dilakukan secara automatik, begitu juga dengan pemasangan plugin.

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.15

11.  WordPress 2.8 ( Jun 2009)


Dinamakan sebagai “Baker” direalisasikan dari pemain trumpet dan penyanyi Chest Baker.Faktor kelajuan adalah ciri utama versi2 wordpress. Ciri penambahan themes secara automatik diperkenalkan tanpa melalui ftp, Widget berwajah baru dengan kelebihan drag and drop.Melalui versi WordPress 2.8, kebanyakkan kod telah diperkemaskan, sekaligus membawakan kelajuan pelayaran yang lebih pantas berbanding sebelumnya. kepelbagaian masalah yang telah dikenal pasti dalam versi sebelumnya juga telah diselesaikan, selain membawakan lebih kawalan keatas widget Dashboard mereka, dan halaman lain di kawasan pentadbir. Cara komen diuruskan juga diubah pada WordPress 2.8 dimana para pentadbir boleh melihat komen ketika mengubahsuai sesuatu artikel.Tema dan Plugin yang lama masih disokong pada WordPress 2.8, selain masih mengguna-pakai antaramuka dashboard yang sama seperti WordPress 2.7. Versi upgrade yang stabil adalah wordpress 2.8.6.

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.15

12.  WordPress 2.9 ( Januari 2010)


Carmen” diambil bersempena dari nama Penyanyi magical jazz – Carmen McRae.

  • Fungsi Trash dan Undo – Kini, setiap perkara yang anda padam, seperti artikel dan komen, ianya akan dimasukkan kedalam Trash, dimana anda boleh mengembalikannya kembali dengan mudah sekiranya diperlukan kelak.
  • Editor Imej Asas – Anda kini boleh memutar, mengecilkan, dan membiat beberapa perkara asas pada imej atau gambar yang dimuat-naik oleh anda dengan mudah melalui WordPress.
  • Kemaskini Plugin Dengan Mudah – Kini anda boleh mengemaskini kesemua plugin pada masa yang sama tanpa perlu kliknya satu-satu seperti sebelum ini.
  • Masukkan Video Dengan Mudah – Kini, anda hanya perlu memasukkan URL video sahaja, dan ianya akan dimasukkan secara automatik, dimana buat masa ini, ianya menyokong laman-laman video terkemuka seperti YouTube, Daily Motion, Flickr, Viddler, Google Video dan banyak lagi.

Selain daripada itu, sokongan SEO juga menjadi lebih baik dalam WordPress 2.9 dengan sokongan rel=canonical. Korang juga juga boleh menambah beberapa perkara pada kotak pendaftaran dengan mudah sekali.Versi Stabil wordpress 2.9.1. Sumber: http://amanz.my

https://videopress.com/v/wp-content/plugins/video/flvplayer.swf?ver=1.15

13.  WordPress 3.0 (Under Development)
Antara ciri2 terbaru yang akan di letakkan di dalam wordpress versi 3.0:

  • Themes Kubrick digantikan dengan bentuk yang baru dengan ciri2 yang lebih kemas dan menarik.
  • Fungsi admin kemungkinan diubah dengan nama2 lain
  • Kemungkinan juga fungsi gears akan diganti dengan HTML5

Sumber:

http://amanz.my/2009/12/wordpress-3-0-bakal-membawakan-pelbagai-perkara-baru
http://amanz.my/2009/12/wordpress-dan-wordpress-mu-akan-di-integrasikan

Mingus

21 thoughts on “Sejarah WordPress

    1. hazlan Post author

      salam gak Toha… sama2 dan terima kasih kembali kerana menyinggah dan mengomen…

      Reply
  1. aktechpage.com

    Aku pun sblm ni hanya tahu menggunakan WordPress sahaja…
    Tetapi skrg dah tahu sejarah dan perkembangan WordPress ni…
    Awesome information bro…
    thx for sharing….

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… selain untuk berkongsi aku buat untuk rujukan jugak ni… nanti kalau orang tanya sekurang2nya boleh aku ke sesapa nak menjawab…

      Reply
  2. diden

    fuh…. wordpress… blogger… wordpresss … blogger… huhuhuh aku tiada pertimbangan -_-‘)v

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuhu… tak pe diden ader rezeki kang layan aa wordpress… joomla atau drupal…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… aman, aku orait je yang penting mesej telah disampaikan ….

      Reply
  3. zik

    sejarah wordpress nie..kalau masuk exam ..mau fail..hehe ..wah peningkatan fungsi WP begitu memberangsangkan..sehingga hari ini menjadi semakin mudah, efektif dan pantas.. thumb up!
    .-= zik´s last blog ..Budaya menabung. =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tu la tu… walaupun begitu aku dulu pernah terjumpa artikel blog anti wordpress (luar negara), tapi hari ni aku cari lagi blog tu dah tak ada la pulak mungkin dah suka kot…

      Reply
  4. ery

    dulu aku pakai blogger..
    i hate wordpress…

    tapi keinginan untuk mencuba tu ade la..
    try la guna… sux susahnye… trus aku ignore…
    pas tu.. cubaan kedua plak…
    masih lagi xpaham, then.. bila dah baca2 tips
    dan tutorial aku cuba lagi… akhirnya…

    blogger aku tinggalkan… wah.. WP, tak kenal
    maka tak chenta.. hahaha
    .-= ery´s last blog ..Ada Apa Dengan Petai? =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      walau apapun practikal tu memang2 perlu…. betul tu dah kenal baru jatuh cinta… ada try joomla tak? tu pun leh tahan gak cuma complicated sikit…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama gak macam aku… suka mencari asal usul… walau apa sekalipun….

      Reply
  5. wazy

    salam bro,akhirnya jumpa gak sejarah tentang wordpress ni dr tahun 2003 sampai la sekarang,terima kasih kerana sudi berkongsi yer bro .mintak izin copy ,nanti saya kreditkan ke blog ni sekali
    .-= wazy´s last blog ..Taugeh-Buat Member =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      tak derk masalah… sila2… kita sama2 bertukar2 ilmu dan pengatahuan untuk sesiapa sahaja…

      Reply
  6. amir

    salam bro,
    begitulah ye..versi demi versi di tingkatkan, hebat pembangunan worpress nie. Saya pun tau guna dan setup jer..
    thanks atas info..

    Reply
    1. hazlan Post author

      salam kembali, sampai bila wordpress terus bertahan sapa pun tak tau… tapi pastinya aku rasa akan memakan jangkamasa yang lama…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *