Mengenal JAVA

By | January 26, 2010

javaLama aku tak update blog ni peh kesibukan melanda al-maklum tangan ni ader 2 jer kanan dan kiri… permintaan melampaui kemampuan tangan yang ada… namun aku tetap gagahkan diri ni nak updatekan blog… huhuhu mari kita teruskan

Mari kita mengenal JAVA.Java ialah sebuah bahasa pengaturcaraan berorientasi objek yang dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompil kepada kod mesin ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan, Java dikhaskan untuk dikompil kepada kod bait (ia boleh juga dikompil kepada kod mesin menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM).

  • Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaks daripada C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah.
  • Java sebenarnya tiada kaitan dengan JavaScript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaks yang seakan-akan C. Bahasa Java merupakan trend di dalam era sains komputer yang berkembang pantas mengikut kehendak zaman. Masing-masing kini sedang bercakap mengenainya dan kebaikannya yang bakal dibawa di masa akan datang. Di dalam pengenalan ini aku akan cuba memberikan sedikit kefahaman terhadap bahasa ini disamping mengetahui cara-cara menulis Applet yang asas.
  • Di antara kebanyakan operasi atau sistem peringkat lunak yang sudah ada, kita sering mendengar istilah Java, atau disebut juga Java J2ME (Java 2 Micro Edition), yang merupakan turunan dari bahasa Java, di mana fungsi-fungsinya difokuskan untuk pembuatan aplikasi pada lingkungan seluler.
  • Java merupakan suatu teknologi peringkat lunak yang di dalamnya mencakup bahasa pemprograman. Selain itu Java juga merupakan suatu platform yang memiliki virtual machine dan library yang diperlukan untuk menulis dan menjalankan suatu program.
  • Pada awalnya java dikembangkan pada sistem komputer oleh Sun Microsystem Inc. dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bahasa komputer sederhana tanpa harus terikat pada infrastruktur tertentu.
  • Pada tahun 1995 Sun meluncurkan sebuah browser berbaris Java dengan jolokan Hot Java, kemudian diikuti Netscape yang memutuskan untuk membuat browser dengan dilengkapi bahasa Java. Setelah itu, diikuti penggabungan dengan pengembang sistem yang ternama diantaranya IBM dan Microsoft.
  • Pada tahun berikutnya, Sun Microsystem Inc. memperkenalkan dan mengeluarkan Java Software Development Kit (JDK) pertamanya, yaitu JDK 1.1. Kemudian terus inaya berkembang dari pemprograman applet yang berjalan di browser menjadi pemprograman kelas dunia yang banyak digunakan untuk pengembangan aneka ragam aplikasi.

Bahasa pemprograman Java sendiri secara garis besar disatukan menjadi 3, iaitu Java 2 Standard Edition (J2SE), Java 2 Enterprise Edition (J2EE) dan Java 2 Micro Edition (J2ME).

  • J2SE digunakan untuk mengembangkan aplikasi-aplikasi desktop dan applet.
  • J2EE dipergunakan untuk mengembangkan aplikasi-aplikasi berbasis client/server berskala enterprise.
  • J2ME diaplikasikan pada berbagai perangkat kecil dengan jumlah memori, kapasiti penyimpan dan user interface terbatas, seperti ponsel dan PDA.

Hingga hari ini ada dua versi platform Java J2ME yang umum digunakan pada telefon bimbit yaitu MIDP 1.0 yang masih memiliki spesifikasi sederhana dan menyediakan fungsi dasar untuk aplikasi mobile, di antaranya basic user interface dan keselamatan jaringan. MIDP 2.0 yang sudah ditambahkan berbagai fisiliti seperti game, multimedia, sokongan berbagai jenis konektiviti, maupun OTA.

Contoh kod JAVA : Indahnya Dunia

 // Indah.java
public class Indah {
    public static void main(String[] args) {
        System.out.println("Indahnya Dunia!");
    }
}

Ciri-ciri Java

  • Mudah untuk dipelajari. Bagi mereka yang sudah mengetahui bahasa pengaturcaraan C atau C++, bahasa Java menjadi mudah dipelajari, disebabkan sintak yang banyak persamaan.
  • Tulis kurang kod. Program yang ditulis menggunakan Java biasanya empat kali lagi kurang kod berbanding jika ia ditulis menggunakan C++.
  • Tulis kod lagi baik. Disebabkan Java ialah bahasa pengaturcaraan yang berorentasikan objek, penggunaan semula kod yang sudahpun ditulis memperbolehkan kadar kesalahan kod dapat dikurangkan.
  • Pembangunan program-program lagi cepat. Menggunakan Java juga memperbolehkan pembangunan program yang lagi cepat dilakukan dan jumlah baris kod yang lagi kurang diperlukan.
  • Menngelakkan kebergantungan platform. Program yang dibangunkan oleh bahasa java ialah program yang dapat dilarikan dimana-mana platform.

Keperluan Asas

Apakah ada keperluan tertentu di dalam pemprogramman Java? Jawabnya: ADA! Java adalah seperti bahasa-bahasa pemprogramman C atau C++. Oleh itu, pengetahuan mengenai C dan/atau C++ adalah penting. Khasnya, seseorang harus mahir dengan syntax-syntax di dalam kelas C dan C++. Pengalaman di dalam memasang server HTTPD atau kemahiran menulis halaman HTML juga merupakan asas yang berguna.

Sekiranya memiliki keperluan-keprluan di atas, korang kini dipersilakan untuk terus mempelajari sejenis bahasa yang amat popular dewasa ini: JAVA.

3 Perkara Yang Diperlukan Untuk Membangunkan Applet Java

  1. Kit Pembangunan Java atau The Java Developer’s Kit (JDK)
  2. Interfes Pemprogramman Penggunaan (API)
  3. Kod Contoh

Kit Pembangun Java – The Java Developer’s Kit
Buat masa ini, JDK dijalankan di atas platfom Solaris. Versi JDK yang terkini ialah Version 6
Download: http://java.sun.com/javase/downloads/index.jsp

JDK ini mengandungi:

  • javac. Pengkompil Java. Fail-fail sumber java mempunyai akhiran .java. Sementara sumber Java yang siap dikompilkan mempunyai akhiran .class. javac ialah satu program yang menukarkan fail-fail .java kepada fail-fail .class.
  • appletviewer. Ini adalah program yang amat berguna untuk memaparkan dan menguji applet-applet yang ditulis.
  • jdb. Java debugger. Seperti mana-mana bahasa pemprograman yang baik, ia juga dilengkapkan dengan debugger. Ia berguna untuk mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Bagi  yang ingin mempunyai sesalinan JDK sila tekan butang berkenaan kat bawah ni:

Interfes Pemprogramman Penggunaan – Application Programming Interface (API)
Kesemua kelas-kelas Java didokumenkan sepenuhnya (meskipun contoh bagaimana ianya boleh digunakan amat terhad). Sambungan-sambungan kepada halaman HTML dokumentasinya adalah seperti berikut:

Lagi Kod Contoh
Sekarang korang telah mempunyai alat-alat yang diperlukan untuk menulis applet-applet Java. Satu lagi bahan yang banyak membantu nanti ialah sumber contoh-contoh applet-applet Java.

Mari kita cuba menulis program Hello World yang mashur ni bersama2.

Langkah 1. Taipkan kod-kod ini dengan menggunakan WordPad/NotePad dan namakan failnya sebagai HelloWorld.java:

 import java.awt.Graphics;

public class HelloWorld extends java.applet.Applet {
    public void paint(Graphics g) {
	g.drawString("Hello, World!", 40, 25);
    }
}

Langkah 2. Kompilkan sumber di atas dengan menggunakan javac:

 javac HelloWorld.java

Sebuah fail bernama HelloWorld.class akan tercipta sekiranya arahan kompilasi anda tepat.

Langkah 3. Taipkan pernyataan berikut didalam satu fail HTML dan namakannya sebagai hello.html:

<HTML>
<APPLET CODE=HelloWorld.class WIDTH=150 HEIGHT=50>
<BLOCKQUOTE>
If you see this statement, then your browser does not support Java applets.
</BLOCKQUOTE>
</APPLET>
</HTML>

Langkah 4. Gunakan appletviewer untuk melihat apa yang applet itu lakukan:

 appletviewer hello.html

Sekiranya anda menggunakan browser yang mendokong fungsi applet Java dan lihatlah bagaimana applet Java itu berfungsi.

Seandainya ada terlihat Hello, World! dicetak di mana-mana bahagian di dalam kotak, ini bererti korang sedang didalam perjalanan untuk mengorak langkah lebih jauh di dalam menguasai pemprogramman Java!

Sedikit Latih tubi:

Javascript ialah set arahan yang digunakan di dalam HTML untuk mengawal pelayar web atau menghasilkan efek web. Sepertimana CSS yang menggunakan tag:

<style></style>

Javascript pula menggunakan tag:

<script></script>

Tag ini boleh diletakkan beberapa kali di dalam sesebuah dokumen, sama seperti tag-tag HTML yang lain.

KOD

<html>

<head> <script language=”Javascript”> <!– Arahan Javascript dimasukkan di sini –> </script>

</head> <body> <script language=”Javascript”> <!– Arahan Javascript dimasukkan di sini –> </script>

</body> </html>

Korang boleh meletakkan kod javascript sama ada di bahagian HEAD atau BODY. Namun begitu terdapat beberapa keadaan di mana javascript digunakan sebagai skrip luaran yang mana fail tersebut ditulis dan disimpan dalam format “.js”. Fail ini boleh dipanggil menggunakan attribute “src”.

KOD
<html>
<head> </head>
<body>
<script src=”namafail.js”> </script>
</body>
</html>

Kelebihan Javascript
Oleh kerana javascript berinteraksi bersama-sama HTML, ini membolehkan pereka web untuk memasukkan web mereka dengan kandungan-kandungan yang dinamik, menukar warna background, menukar banner, efek butang, efek mouse, menu interaktif dan sebagainya.

34 thoughts on “Mengenal JAVA

    1. hazlan Post author

      huhuhu… biasanya ambik jer dari mana2 dulu dah cuba edit2 baru boleh faham serba sedikit… kalau tak ya ampun aper punya bahasa alien ni kekekek… haram nak faham… Faarihin komen mengomen tak derk hal…

      Reply
  1. aktechpage.com

    Pernah belaja java dulu, sempatlah kenal dgn java beans..
    tp x leh gi sbb x paham konsep sangat, jadi susah nak wat programming java.

    Member aku sorang lg relaks je buat programming guna java.
    Kesimpulannya, java ni mmg x masuk dgn jiwa aku, hehehe.

    Buat perkara2 teknikal sahaja. 🙂
    .-= aktechpage.com´s last blog ..Terima Kasih Lazaac’s Blog =-.

    Reply
    1. hazlan Post author

      aku dulu masa sekolah aku cuba jiwa aku minat pada kimia… pusing macam mana pun tak masuk kat kepala… puas aku hempas pulas konon nak jadi doctor dan ahli kimia tapi dah tua2 ni lain lak jadinya…

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhuu zik, menarik tu dah tau sikit2 basic sonang le nak memahami… java dengan jawa? eh tul ke aku pun tak tau… mungkin pengasas java ni penah pegi jawa indonesia kot…

      Reply
    1. hazlan Post author

      sama2.. tak derk hal ayeen.. nanti aku senang2 singgah lagi… best2 gak topic ko tu..

      Reply
    1. hazlan Post author

      wah! sangat berguna tu… aku pun akui memang agak meletihkan otak sikit

      Reply
  2. cintaku

    mahu penerangan sal java skrip lbih dlm ag…bole tuan uma???

    Reply
    1. hazlan Post author

      Insya-Allah kalau ada masa yang terbaik nanti wat entry pasal java script tu lagi….

      Reply
    1. hazlan Post author

      nak terangkan kat sini panjang la tapi aku cuba ringkaskan: bahasa C atau C++dapat membangunkan berbagai aplikasi mulai dari pemograman sistem, aplikasi pintar (artificial intelligence), sistem pakar, utility, driver, database, browser, network programming, sistem operasi, game, virus, dll. Mungkin lain kali aku boleh buat pasal entry ni kalau ada masa… cuba try google dan taipkan apa itu c++. Harap dapat membantu…

      Reply
  3. aja

    blh tolong jwb soalan ni x? hehe pliss
    What do you think you plan to do by using c++ programming language? create your software? what type of software?

    Reply
    1. hazlan Post author

      huhu panjang betul soalan ni? soalan 1. no, it’s definitely not easier. C is a subset of C++. They share a lot of syntax, and you have to understand basic programming principles to be able to write in both. So I’d say almost the opposite. It couldn’t hurt to learn C, that will make C++ much easier. You’ll learn the syntax and basics in C and then the object orientation in C++. soalan 2 dan 3. HyperNext Studio is an easy to use software creation system that allows hobbyists, students, educators, in fact almost anyone, to quickly start building their own software that works.

      Reply
  4. zai

    tlgla bg sy code c++ pls. xphm lgsg nk wat cmna! pls. huhu. ni soalan

    MYbankIslamKu ingin memproses zakat wang simpanan penyimpan wang di bank tersebut. Anda diminta untuk merekabentuk satu aturcara C++ bagi mengira zakat wang simpanan sebanyak 2.5% darii jumlah wang tersimpan. Bank tersebut mempunyai N pemegang akaun

    Reply
  5. Alidevilhacker

    asmkom bro hazlan…sya bru lagi kt web bro nie…sy nk tnye mcm mne nk selesaikan maslah C++ pkai lebiry IOstream melalui cara TEKS FILE…ini untok asgmnt final sem saya…tolong bgtau bro…thnxz..XD

    Reply
  6. Alidevilhacker

    Okey…thnxz dude…u are the best..XD…ade soalan lagi bro..agak2 subjek java nie sama mcm C++ tak bro??…sy mahu tau lbh lnjut…

    Reply
    1. hazlan Post author

      Lebih kurang pasal dari segi teknikal Java juga boleh dikatakan bahasa pengaturcaraan C++ yang mudah dengan kawalan keselamatan. Kalau dengan javacsript adalah berbeza…

      Reply
  7. Alidevilhacker

    bro hazlan sy lpe nk bgtau…mcm mne nk uat syntax teks files untun delete??…chapter nie sy xpnah bljar tetapi letcre suroh uat asgmnt…>.<

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *