kenali WWW

By | January 3, 2010

www confusion

ok mari kita start…. Bagi mereka yang tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang teknologi, mereka akan menyatakan bahawa istilah melayari internet adalah sama seperti istilah layari web. Namun, kedua2 istilah ini mempunyai definisi yang berbeza.

Pengenalan

HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.

World Wide Web

  1. World Wide Web atau WWW dan W3 dipelopori oleh Tim Berners-Lee melalui projeknya yang bertujuan untuk mencari kaedah perkongsian maklumat penyelidikan dan idea antara majikan dan penyelidik yang bertempat dipelbagai lokasi di dunia. Pada peringkat awal, projek ini dikenali sebagai “Projek hyperteks”. Hyperteks merujuk kepada teks yang boleh dihubungkan dengan dokumen lain; iaitu pembaca hanya perlu mengklik satu perkataan atau ugkapan maka beliau akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai tajuk yang berkaitan. Hypermedia pula merujuk kepada dokumen yang mengandungi pelbagai format seperti teks, imej, bunyi dan video.
  2. WWW didefinisikan sebagai rangkaian yang menjalin komputer seantero dunia menyalurkan maklumat dalam bentuk teks, imej, audio dan video. Kadangkala ia juga didefinisikan sebagai sekumpulan perisian komputer yang menggabungkan pelayan, dan klien (iaitu browsers atau navigator) yang membolehkan pengguna mencari maklumat, menyalin maklumat dan menerimapakai program aplikasi yang berinteraksi antara pelayan, klien dan pangkalan data.
  3. Web menggunakan sekumpulan protokol dan convention tertentu yang dikongsi bersama untuk berkomunikasi antara rangkaian. Web dibina menggunakan satu peraturan untuk menyampaikan maklumat yang diminta melalui rangkaian. Protokol ini melibatkan http (hypertext transfer protocol) untuk memindahkan / menyampaikan sesuatu laman web daripada pelayan ke klien dan lain-lain protokol untuk untuk mengakses maklumat dalam internet. TCP/IP adalah protokol untuk Internet yang menggunakan serangkaian pelbagai protokol serentak yang membolehkan pelbagai jenis komputer berkomunikasi.
  4. WWW menerimapakai protokol lain seperti FTP, Telnet, WAIS dll. FTP atau File Transfer Protocol adalah peranti merentasi pelbagai sistem komputer untuk memindahkan fail walau dimana jua sesuatu komputer rangkaian itu berada. Persekitaran Web adalah grafik, tetapi persekitaran FTP adalah berasaskan aksara. Untuk mengakses fail menggunakan FTP, kita boleh sama ada menggunakan program FTP ataupun browser web yang menyediakan khidmat FTP – menyalin (downloading) dan mengambil fail (uploading). Downloading merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer yang jauh kepada komputer korang. Uploading pula merujuk kepada proses memindahkan fail daripada komputer kita kepada komputer yang jauh.
  5. Gopher adalah peranti dalam internet yang membolehkan pengguna untuk mengakses dokumen, fail, tapak FTP, tapak WWW dan sumber lain. Berbeza dengan FTP, arahan Gopher adalah seragam tanpa mengira jenis mesin komputer dimana ia digunakan. Pelayan Gopher dirangkaikan dengan meluas sekali – membuat anda boleh mengkases apa jua fail dalam Internet dengan mudah. Untuk menggunakan Gopher, menu antara mukanya adalah konsisten dalam semua sistem komputer. Anda boleh mencari menggunakan kata kunci dan nama fail.
  6. WAIS atau Wide Area Information Service (WAIS) adalah peranti pencari Internet yang boleh merentasi pelbagai rangkaian, arkib dan format data. Peranti ini adalah lebih terperinci dalam memberi maklumat tentang sesuatu fail – iaitu ia dapat memberi kandungan fail tersebut.
  7. Protokol Telnet satu kemudahan komunikasi yang membolehkan kita log masuk ke dalam komputer lain secara dwihala atau menggunakan khidmat interaktif dalam komputer atau hos lain atau yang jauh. Untuk menggunakan Telnet, kita memerlukan aplikasi Telnet.
  8. Oleh kerana WWW menggunakan protokol Internet untuk menghantar fail dan dokumen, ungkapan WWW kadangkala digunakan sebagai pengganti kepada Internet – iaitu kedua-duanya merujuk kepada sekumpulan rangkaian komputer atau satu gedung maklumat yang besar.

Penerbitan Web

  • Menerbitkan laman web melibatkan pelayan dan klien. Pelayan web adalah program dalam komputer yang dibina untuk menghantar dokumen kepada komputer yang meminta dokumen tersebut. Klien Web juga dipanggil browser – iaitu program yg membolehkan pengguna meminta dokumen daripada pelayan, Pelayan akan beroperasi hanya apabila klien meminta dokumen. Proses bermula dengan klien meminta dokumen, permintaan tersebut akan membuka hubungan dengan pelayan. Pelayan kemudian akan menghantar dokumen dan perhubunagn tersebut tamat. Setiap transaksi seperti ini tidak memerlukan kapasiti pelayan yang besar. Sebagai contoh pelayan Windows NT atau Mcintosh boleh memberi khidmat kepada 200 klien pada satu masa.

Ringkasan

  • World Wide Web atau singkatannya WWW merupakan koleksi dokumen hiperteks yang disimpan dalam komputer2 yg berada dlm rangkaian internet.
  • Internet pula adalah suatu jaringan komputer, interaksi dan perkongsian maklumat diantara penggunanya. Bag mencapai maklumat ini, ia menggunakan satu protocol yang dikenali sebagai Transmission Control Protocol atau TCP/IP untuk memahami setiap arahan yg disampaikan dalam internet.
  • Struktur internet pula terdiri drpd talian telefon , kabel, gentian optic dan alat komunikasi lain yg saling bersambung diantara satu sama lain merentasi kawasan terpencil, Negara malah benua. Jika komputer anda disambungkan ke talian untuk menyertai rangkaian internet,
  • Jika anda melayari internet, operasi ini boleh anda laksanakan dengan hanya menggunakan operasi klik tetikus. Elemen atau teks yg boleh menghubungkan diantara 1 dokumen hiperteks dengan dokumen-dokumen hiperteks yang lain dipanggil sebagai pautan.
  • Semasa korang membuka laman web, sebenarnya terdapat dua entity utama yg saling berinterkasi diantara satu sama lain yg membolehkan dokumen hiperteks dipaparkan kepada korang iaitu pelayan web (web sever) dan pelayar web (web browser).

Apakah perbezaan diantara pelayan web dengan pelayar web?

  • Pelayan web ialah komputer yg menyimpan dokumen hiperteks yg boleh dicapai oleh pengguna internet. Antara pelayan web yang popular ialah IIS untuk windows NT/2000 dan Apache untuk Unix/Linux.
  • Manakala pelayar web pula adalah perisian yg berfungsi untk mencapai dokumen hiperteks dan kemudiannya memaparkan dokumen tersebut pada skrin komputer pengguna. 2 jenis pelayar web yg digunakan secara meluas ialah Mozilla Firefox dan Internet Explorer (IE).

11 thoughts on “kenali WWW

    1. hazlan Post author

      blinkky… u r welcome… sonok dapat kongsi2 berbagai maklumat

      Reply
    1. hazlan Post author

      huhuhu… kita sama2 kongsi, sama2 dapat, sama2 berilmu…

      Reply
    1. hazlan Post author

      Selamat tahun baru gak… sihat bebaik jek ni… terima kasih kerana menyinggah…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *